(Video) Pengumuman Tarikh Mula Puasa Tahun 2015

Posted By: readnext - 06:18

Share

& Comment


Pengumuman Tarikh Mula Puasa Pada 18 Jun 2015 Malaysia

Pengumuman rasmi tarikh mula puasa tahun 2015 jatuh pada 18 Jun 2015 di Malaysia. Pengisytiharan bermulanya puasa turut diumumkan pada malam ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. Seperti sedia maklum, tarikh untuk mencerap atau melihat anak bulan Ramadhan bagi menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Selasa, 16 Jun 2015 bersamaan 29 Syaaban 1436H. Majlis Raja-Raja bersetuju menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Seterusnya pengumuman tarikh mula puasa oleh Majlis Raja-Raja akan diumumkan menerusi radio dan Televisyen pada malam ini juga.



Pengumuman Rasmi Permulaan Puasa 2015 Di Malaysia
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad sebentar tadi telah mengistiharkan tarikh mula puasa bagi tahun 2015 bersamaan 1436H jatuh pada Khamis 18 Jun 2015.

Tarikh mula Puasa 2015: 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436H

Pengumuman tarikh mula puasa 2015 itu telah disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 8.00 malam 16 Jun 2015. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Dengan pengumuman rasmi tersebut, seluruh umat islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa mulai Khamis 18 Jun 2015.


sumber : melvister

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.