.

.
Powered by Blogger.

Western Food - Resepi Spaghetti Bolognese

Posted By: readit - 20:00


Foto hiasan
Bahan-Bahan Sos:
  • Bawang besar 1 biji - didadu
  • Bawang putih 2 ulas - dicincang
  • 500gm mince meat
  • 1/2 batang carrot - didadu 
  • 1 botol bolognese sause
  • Garam 
  • oregano herb  
  • black pepper
Cara Membuatnya:
  1. Tumis bawang hingga layu. Masukkan chili paste, kacau sampai chili masak. Kang cili tu undercook ada plak yang sakit perut =S.
  2. Masukkan mince meat, kacau hingga daging masak. Kalau ada meatball, boleh masukkan sekali (tapi jangan 'godak' secara ganas ye nanti meatball hancur =S)
  3. Masukkan bolognese sause.
  4. Masukkan garam, black pepper dan oregano herb (takde pun takpe) secukup rasa.
  5. Kalau sause dah didih, dah boleh matikan.

Bahan Meatball:
  • Bawang besar 1/2 biji - dicincang
  • Bawang putih 1 ulas - dicincang
  • Mince meat ikut suka berapa banyak
  • Telur 1 biji
  • Tepung gandum 2 sudu makan
  • Garam secubit.
Cara Membuat Meatball:
  1. Gaul semua sekali.
  2. Bila dah sebati kepal-kepalkan bentuk bulat
  3. Rebus separuh masak


Sumber: yp2kl

9 Tips Idea Jimat Hias Rumah Sendiri

Posted By: readit - 01:52
9 Tips Idea Jimat Hias Rumah Sendiri

Foto sebagai hiasan sahaja
1. Cari Idea dari Sumber "PERCUMA" 

Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu (yang paling saya suka) adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan. Idea-idea ini sememangnya dari orang-orang yang professional dalam menata rias. Jadi kita hanya perlu set kan mahu mencari idea yang berkonsepkan macam mana? Tropikal , MInimalis, Moden, Inggeris, Timur Tengah , mahupun "Mix & Match". 


2. Tetapkan Budget mengikut kemampuan 

Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik Utama RM3 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Oleh itu kita tidak perlu buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi budget yang ditetapkan. Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar masuk beberapa kedai. Yang penting kita dapat perabot yang bertemakan tema yang kita pilih dengan harga yang telah ditetapkan limitnya. 
Sebenarnya kita boleh beli perabot utama yang memainkan peranan dalam ruang tersebut dengan harga yang mahal sedikit, tetapi lain-lain aksesori tambahan di beli di kedai "second hand" atau di jualn murah sahaja. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatf dan unik! 

Foto sebagai hiasan sahaja

3. Lagak sebagai Tetamu 

Pilih konsep sudah, Budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk "Foyer" terlebih dahulu? Atau tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? ini semua tuan rumah yang tetapkan. Tuan rumah menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka. 

Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera? Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik?  Atau ruang kelihatan terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini. 

4. Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama 

Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang, kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan sofa. Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati. Mereka bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot baru.  Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain. Bagi kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah ! 

5. Rombak semula Susunatur Perabot 

Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah Rombak Semula susunatur Perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap. 

Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Cuba macam-macam cara pasti seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma bukan? :) 

Foto sebagai hiasan sahaja


6. Warnakan Dinding 

Fokus Utama dengan Warna Terang Duduk di muka pintu, dan pandang ke dalam ruang. Dinding manakah yang mula-mula terpandang? Dinding yang mula-mula kita terpandang dalam sesubuah ruang itu adalah dinding fokus utama. Dinding inilah yang perlu di terangkan. Cat kan dengan warna yang terang. Untuk selamat, pilih warna-warna yang bertemakan alam semulajadi. Ini kerana ketika pening atau sakit tak lah terasa berat mata memandang dinding tersebut jika dibandingkan dengan dinding bewarna merah terang atau biru gelap misalnya. Namun, tidak jadi masalah untuk memilih warna sedemikian. Asalkan kalian memang gemar atau obses dengan warna tersebut.  Sebabnya hari-hari nak kena pandang dinding tu kan :) 
7. Perabot Tampak Baru dengan Aksesori  

Lengkapkan perabot sedia ada dengan aksesori. Misalnya dahulu sofa yang ada suram dan kosong. Tambahkan kusyen dengan kain satin yang berkilat kemudian letakkan alas sofa dengan corak yang eksklusif. Di sebelah sofa yang ditepi tingkap, tukarkan langsir yang seirama dengan sofa atau yang kontra dari warna sofa. Hamparan baru dihamparkan di hadapan sofa bagi membelai kaki ketika duduk di sofa. Letakkan meja kopi kecil dan lampu  meja disebelah sofa. Di dinding atas nya letakkan lukisan atau bingkai gambar. Akhirnya sofa yang dahulunya sofa kini menjadi tempat rehat yang di idam-idamkan.  

Aksesori lebih mudah dan lebih murah untuk didapatkan. Jadi , jangan sedih jika tidak ada budget untuk membeli perabot baru, gunakan budget yang ada untuk membeli, menukar dan menambah aksesori di sekeliling perabot sedia ada saja sudah cukup menjadikan perabot itu bergaya dan kelihatan baru. 

8. Gunakan Lampu Samar Dan Lampu Spotlight 

Saya namakan ia lampu samar iaitu lampu yang berwarna kuning. Ia sangat sesuai di pasang di malam hari bagi menaikkan suasana romantik, mengantuk dan menenangkan. Jika berpasangan, lampu ini membantu menjadikan suasana romantik, jika ada anak kecil , ia bantu menidurkan anak-anak berbanding terpasangnya lampu putih yang terang berderang, bagi orang-orang tua pula, mereka akan berasa rehat dan santai di malam hari dengan lampu kuning ini. 

Pasang lampu samar bewarna kuning ini di siling, di dinding, di dalam kabinet mahupun di lantai bagi memancarkan efek dan mood yang dikatakan tadi. Ia sekaligus menjadikan suasana rumah lebih tenang dan eksklusif. Letakkan hiasan yang menarik di bawah lampu ini kerana ia akan menyinari ruang tersebut dan menyuramkan yang lain. Kegunaan lampu ini juga adalah bagi mengurangkan pandangan terhadap keseluruhan ruang. Berbanding menggunkan lampu putih di mana semua barang nampak jelas.  

Namun begitu, tidak lah semua lampu perlu bewarna kuning. Saya pernah melawat rumah jiran yang kesemua lampunya dipasang bewarna kuning sehingga suami nya mengalami migrain bila hendak buat kerja di rumah di malam hari. Lampu putih penting untuk pandangan sebenar. Jadi, pasangkan lampu putih dan lampu kuning di rumah dengan suis yang berasingan (bagi lampu downlight siling). Atau boleh saja gunakan lampu samar seperti lampu berdiri atau lampu meja saja. 

Begitu juga dengan spotlight. Ia bantu menaikkan seri ruang terutamanya seri barangan yang dipancarkan lampu tersebut. Ini adalah seni dalam mempamerkan ruang. Boleh juga dapatkan lampu spotlight yang dijual di Groupon. Ia menggunakan bateri tanpa wayar dan ada jenis yang menggunakan solar. Lampu yang mudah dipasang ini boleh diletakkan dalam kabinet atau di celah-celah ruang. 


9. Membeli Barangan Hiasan Ketika Ada SALE 

Terakhir sekali, belilah barangan hiasan rumah mahupun perabot ketika ada jualan murah. Tidak perlu berlagak kaya dengan membeli ketika tiada jualan murah melainkan ia memang murah :) Negara kita ada banyak musim perayaan dan ketika hampir musim perayaan pasti ada saja jualan murah diadakan. Jualan murah hari raya lah, jualan murah tahun baru lah, jualan murah aidilfitri lah dan macam-macam lagi. Tunggu saja. Yang pasti siapa sabar, dia pasti untung. Pernah dengar tak ayat ini: " Alah, untung nya engkau dapat beli pasu ni dengan harga murah, aku beli hari tu mahal" Jadi, bijak lah berbelanja dengan memilih ketika jualan murah berlangsung. 

sumber : panduanuntukkediaman

Western Food - Homemade Chicken Chop

Posted By: readit - 01:25

Bagi yg nak try buat Chicken Chop sendiri, jom try resepi di bawah  ;)

Foto sebagai hiasan sahaja

Chicken chop

Bahan-bahan: 
  • 3 ketul daging ayam boneless(sedap bahagian pehanye)
  • tepung jagung
  • serbuk roti
  • 2 biji telur (dikocak)

Cara-cara:
  1. Basuh ayam dan letak sedikit garam dan lada hitam
  2. Panaskan api dalam kuali
  3. Golek2kkan ayam atas tepung jagung dan kmdn golekkan atas telur lak
  4. Slps golekkan atas telur golekkan pula atas serbuk roti
  5. Goreng dgn api yg sederhana...kalu bole tutupkn kuali agar daging ayam yg bhgn dlmnye masak
  6. Setelah ayam masak toskn dan lapkan dgn kitchen tissue agar dpt menyerap minyak (kena jaga kesihatan)


Sos Blackpepper Chicken chop

Bahan-bahan: 
  • 2 cawan air
  • 1 sudu butter
  • 2 sudu tepung gandum (boleh gantikan dengan tepung jagung)
  • 1/2 ulas bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 1/2 sudu sos cili/tomato
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos tiram (jika ada)
  • 3 1/2 sos black pepper 
  • 1 kiub pati ayam/lembu (jgn letak semua yer takut masin nnti)
  • 3 biji cendawan butang (potong nipis)

Cara-cara:
  1. Gaulkan air dgn tepung gandum sehingga sekata
  2. Dlm periuk masukkan butter dan tumiskan bawang hingga layu
  3. Kemudian masukkan air beserta tepung td ke dalamnye
  4. Masukkan sos cili/tomato,kicap,tiram dan juga sos black pepper
  5. Masukkan juga kiub pati ayam/lembu dan cendawan butang..
  6. Kacau sehingga mendidih dan hingga ia mnjadi pekat..
  7. Boleh diangkat dan disira atas chicken chop yg tlh siap digoreng..

Sumber : kongsiresepi

Perhentian Island - When Is The Best Time To Visit?

Posted By: readit - 01:09
Best time to visit Perhentian Island



Between October and March the monsoon season puts all tourist activity at the eastern side of the peninsula to a complete stop; as this monsoon is very heavy. Most resorts at the Perhentians are closed during these months and the ferry service between the island and the mainland is also halted. Sometimes monsoon starts a bit earlier, other years much later. 



Best time to the year to visit the island is during the months of August and September; during these months the conditions under water are usually perfect (great visibility). During those months it is usually also very crowded on the island; you clearly notice that it is peak season. If you want to enjoy secluded beaches then you should visit the island from April to June.


Source : wonderfulmalaysia

Perhentian Island - Perfect location to get your diving license

Posted By: readit - 01:00



Perhentian is an ideal place to get your scuba diving license. There are various diving schools on the island and the sea conditions (visibility and currents) are usually perfect for beginners. In Malaysia, you will pay around RM1100 for your PADI license, considerably cheaper than in many other parts of the world. If you plan on getting your PADI, you will have to stay on the island for at least 5 days. On the island Perhentian Kecil there are a couple of great diving schools along the famous Long Beach and Coral Bay; Sunlight Divers, Quiver Dive Team, Turtle Bay Divers, Seadragon Divers, Matahari (formerly Coral Sky) Divers, Spice Divers and Angel Divers.

Dive sites at Perhentian Island

On Perhentian Besar the diving schools Flora Bay Divers, Watercolours and Sea Horse Divers are also of high standards (among others). Flora Bay is a 5 Star Gold Palm Instructor Development Centre. Sea Horse Divers is located right next to Tuna Bay Resort, which is just about the most luxurious resort on the island. We got our PADI at Watercolours, which is located next to the basic Paradise Resort and within walking distance of Coral View Resort. Watercolours is a diving school with excellent instructors and a friendly atmosphere. The food at the diving school is perfect, as you will be eating at the restaurant of Paradise Resort (a very popular local restaurant that also servers great western dishes.


Watercolours organizes regular reef and beach clean operations; all based on the Reef Check survey methodology. Visitors become more aware of the fragile state the corals around Perhentian are in and they actively help to monitor and conserve the marine environment during their stay.
Source : wonderfulmalaysia, pic from internet

Perhentian Island

Posted By: readit - 00:52
Perhentian Island


Northeast of Peninsular Malaysia, nearby the city of Kota Bharu, there are two small islands that form the Perhentian Islands. The names are Perhentian Besar, the larger of the two and popular among couples and families with children, and Perhentian Kecil, the smaller island and very popular among budget travelers. 

Both the islands have plenty of accommodation available to stay overnight. This ranges from luxurious resorts that offer cabanas complete with air-conditioning, to simple lodges where you will have to do with cold water and a fan. There are no (internationally renowned) hotels. 



Perhentian is most popular because the great places for diving and snorkeling; in most cases you can enjoy the underwater world right in front of the resort. It is also very popular because the island is easy to reach; though during the monsoon season (October to March) practically the whole island is closed to tourists. 



As Perhentian Island is part of a marine park visitors have to pay a conservation fee of RM5. The island is situated about 20 kilometers off the northeastern coast of Peninsular Malaysia.

Source : wonderfulmalaysia


Place & Things To Do In Langkawi - 3. Langkawi Underwater World

Posted By: readit - 00:42




Spread across nearly six acres, Underwater World Langkawi is one of the island’s best-known attractions. Located at the southern end of Pantai Cenang (almost at the border of Pantai Tengah), beside the Zon duty-free shopping centre, it is Malaysia’s largest aquarium. The huge white-washed structure houses more than 200 different species of marine and freshwater fish including harbour seals, rockhopper penguins, sharks, giant rays and the enormous Amazonian arapaima – the biggest freshwater fish in the world.



Once you enter the air-conditioned interior, Araipamas (the world's largest freshwater fish) can be seen in a medium-sized tank in front of the entrance door.

The complex is divided into three sections: Tropical Rainforest, Temperate and Sub-Antarctic. The Sub-Antarctic was probably the most popular section – the ‘penguin-arium’ houses cute little rockhopper and black-footed penguins that cause quite a few people to crowd around the exhibit to get a good look. Other highlights of the tourist-friendly Underwater World include an Educational Resource Centre, a cafeteria and a three-dimensional (3D) theatre – be sure to watch the short movie about Michael, a little prehistoric fish and his life before becoming a fossil. Lastly there’s a giant walk-through six million litre underwater tunnel tank which houses an extensive number of fish including sharks, giant stingrays and green turtles.


Langkawi Underwater World
Opening Hours:
09:30 – 18:30 Monday – Friday
09:30 – 22:30 Friday – Sunday
Address: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang
Tel: +604 955 6100

Related Article : Place & Things To Do In Langkawi - 2. Langkawi Cable Car

Source : langkawiinfo

Place & Things To Do In Langkawi - 2. Langkawi Cable Car

Posted By: readit - 00:32



The entrance for the Langkawi cable-car, which takes visitors all the way up to Mount Mat Cincang, Langkawi’s second highest peak,  is located in The Oriental Village in the upper northwest of Langkawi Island, near Pantai Kok. Entering the village and passing through the pleasant oriental garden and souvenir shops, visitors make their payment at a counter before stepping onto an escalator which brings them to the cable-car pedestal.

Once in, the cable-car ascends; you’ll begin to notice the temperature dropping and a windy breeze begin flowing into the cabin through ventilation slits at the top.


After around 600 metres, the cable car reaches the first station, where you disembark to either; take another cable car up to the peak, or lull around the observatory deck and admire the magnificent surroundings. Most will not spend too long here, as the view from the peak is even more amazing. After a short queue, you can grab another cable car and ride up another wire cable which doesn’t rise too sharply, though the initial jolt of the car leaving the second station can feel quite unnerving.

As the car settles to a decent speed after the brief spurt from the station, passengers will be treated to an even higher view of the rainforest and hills below. The car here is at its coolest and in too short a time, you’ll reach the final station which is where most of the excitement is. Passengers leaving the cab will be greeted by a menagerie of stalls selling souvenirs, toys, snacks and drinks.

You’ll want to climb a set of staircases that cuts through a thin forest to reach the observatory deck above. Once on the top, you can finally enjoy the magnificent view of the surrounding horizon; the island’s landscape, skyline and seas beyond. At the side is a steel bridge suspended across Mount Mat Cincang and a neighbouring mountain. Walking across this bridge is a fantastic experience and offers a different viewpoint of the island and sea towards the north.

After immersing yourself in the views, it’ll be time to go, and the entire process of cable-car ascent is repeated in a descending route. Along the way, you can pick up some souvenirs at the final or base station before carrying your adventures elsewhere in the magnificent island of Langkawi.

Langkawi Cable Car
Opening Hours: 10am - 8pm
Address: Jalan Telaga Tujuh Teluk Burau, Langkawi, Kedah 07000
Tel: (604) 959 4225

Related Article : Place & Things To Do In Langkawi - 1. Langkawi Eagle Square (Dataran Lang)

Source : langkawiinfo

Place & Things To Do In Langkawi - 1. Langkawi Eagle Square (Dataran Lang)

Posted By: readit - 00:23




Also known as Eagle Square, Dataran Lang is one of Langkawi’s best known manmade attractions, a large sculpture of an eagle poised to take flight. A sight that greets visitors to the island via ferry, the 12 metre-tall statue is one of the island’s most instantly recognizable monuments. 

Located at the southeast corner of Pulau Langkawi, besides offering beautiful views of Kuah Bay, Dataran Lang has beautiful miniature fountains, terraces and bridges, making it the ideal place for those postcard-perfect holiday photos. The square is a good place to watch ferries ply across the harbour but plan a trip here early in the morning or late in the evening when the sun is at its least intense.



The reddish-brown eagle at Dataran Lang was built as an emblem of the island. According to folklore Langkawi’s name came from two Malay words – ‘helang’ (eagle) and ‘kawi' (reddish brown): hence lang-kawi. 

Adjacent to the CHOGM Park and Taman Lagenda Dalam Langkawi, the monument is also within walking distance of some of the best duty-free shops in Langkawi and the Jetty Point Mall – chocolates and alcohol are especially good buys here.

History of Dataran Lang
Opening Hours: 24 hours daily
Location: Kuah Jetty
Tel: +604 966 7789 (Langkawi Tourist Information Centre)

Related Article : Place & Things To Do In Langkawi - 2. Langkawi Cable Car

Source : langkawiinfo

(10 FOTO) TASIK KAYANGAN : TASIK YANG DIKATAKAN PALING BERSIH DI ASIA

Posted By: readit - 22:30

Tasik Kayangan yang terletak di Pulau Coron, Palawan Filipina ialah tasik yang dinobatkan sebagai tasik paling bersih di Asia. Airnya jernih dan pada masa yang sama mempunyai warna kebiruan apabila dilihat dari jauh. Tasik ini adalah antara tarikan pelancong paling popular di Pulau Coron selain melakukan wreck diving kapal perang Jepun era Perang Dunia Kedua. Anda boleh berenang di dalam tasik ini ataupun menyewa bot buluh. Kedalaman tasik mencecah 45 kaki dan kerana air yang jernih anda boleh melihat sehingga ke lantai tasik. Kinda freaky. Kayangan ialah tempat tinggal bunian mengikut kepercayaan melayu. Yang pasti Tasik Kayanngan di Coron ialah tempat manusia biasa macam kita untuk melihat keindahan bumi ciptaan tuhan. Amazing!

Klik SINI untuk FOTO





 
-Sumber : blogserius

(14 FOTO) Konsep Tentera Masa Hadapan Yang Super Awesome!!!

Posted By: readit - 22:00

#Kalau dilihat gear yang dipakai oleh tentera pasukan khas sekarang mereka sudahpun kelihatan sepert robot. Atas kepala ada gogal Night Vision dengan 6 lensa, cermin mata balistik dan kamera yang melakukan penstriman terus kepada Command Center. Pada tubuh pula ada baju zirah Dragonskin kalis peluru dan komputer peribadi yang membolehkan mereka mengarahkan dron untuk melakukan serangan close support. Senjata jangan cerita kerana dipenuhi pelbagai gadget bagi menambahkan lethality. Berikut ialah rekaan konsep tentera masa hadapan yang semakin robotik dan manusia menjadi hibrid cybord. Awesome!

Klik SINI untuk FOTO





-Sumber : blogserius

Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Posted By: readit - 21:00

Time2 cuaca tengah mendung atau hujan, alangkah baiknya kalau ada hidangan enak untuk dibuat santapan.



Antara yang menjadi ‘feveret’ sudah tentulah jemput pisang atau cekodok. 

Resipi untuk membuat cekodok pisang yang rangup sebenarnya mudah dan yang paling penting, kosnya murah. 

Istimewanya resepi cekodok pisang rangup ini adalah planta atau mentega sebagai bahan penambah baik dalam adunan bater, yang berfungsi untuk membantu merangupkan cekodok anda.


4-5 biji pisang
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega
3-4 sudu gula pasir
secubit garam

*Masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)


1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini supaya apabila menggoreng, ia tidak terlalu lembik dan gebu.

2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas, masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.

3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘O'!

Terangkat beb!


-Sumber: sentiasapanas

10 Filem Blockbuster Wajib Tonton 2015

Posted By: readit - 19:40

Mengapa anda perlu ke pawagam dengan kerap tahun ini? Dominasi francais-francais terhebat tahun ini antara sebab kenapa anda mesti meluangkan lebih banyak masa bagi menonton wayang.


Di sini kami senaraikan 10 filem hebat 2015 yang mesti ditonton.

Tarikh tayangan:  Januari 2015

Klik foto untuk paparan lebih jelas

Memulakan keterujaan tahun baru ini adalah filem terbitan Walt Disney Pictures, Into The Woods.

Berkonsepkan muzikal fantasi, keunikan filem ini terletak pada plotnya yang menggabungkan empat kisah dongeng ternama garapan Brothers Grimm.

Menerusi naskhah ini, penonton akan dibawa menyelami pengembaraan pasangan suami isteri Baker dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh si ahli sihir (Witch).

Cinderella and Prince Charming, Jack and the Beanstalk, Little Red Riding Hood, serigala (Wolf) serta Rapunzel menjadi kunci kepada pasangan Baker bagi memastikan impian mereka untuk menimang cahaya mata dikabulkan Witch.

Filem ini membariskan nama-nama besar seperti Meryl Streep (Witch), Anna Kendrick (Cinderella), Johnny Depp (Wolf), Chris Pine (Prince Charming) dan James Corden (Mr. Baker).

Tarikh tayangan: 19 Februari 2015



Apakah yang akan terjadi apabila anda perlu merekrut sekumpulan anak muda dengan bakat istimewa untuk dijadikan pengintip profesional?

Misi ini yang perlu dipenuhi Harry Hart, seorang ejen veteran daripada sebuah agensi perisikan bebas antarabangsa.

Filem ini diadaptasi daripada komik The Secret Service karya Mark Millar dan David Gibbons.

Ia dibarisi Colin Firth (Harry Hart), Taron Egerton (Eggsy) dan Samuel L. Jackson (Valentine).

Tarikh tayangan: 12 Mac 2015



Sekual ketiga Cicakman terbitan KRU Studios ini akan menyaksikan perubahan jalan cerita bersama barisan pelakon baharu.

Masih menjadikan kota Metrofulus sebagai latar tempat, Cicakman 3 mengetengahkan kisah watak utamanya, Man yang menerima kuasa Cicakman terdahulu selepas menemui serum yang mengandungi kuasa luar biasa.

Man perlu menyelamatkan Metrofulus daripada agenda jahat penjenayah baharu, SuperBro.

Lakonan mantap Zizan Razak (Cicakman) dan Lisa Surihani (Linda) ini sememangnya wajib ditonton kerana ia merupakan satu-satunya adiwira tempatan kebanggaan kita.

Tarikh tayangan: 2 April 2015



Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Furious 7 bakal menjadi filem paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Selain menjadi penamat kepada francais The Fast and The Furious yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, ia juga merupakan karya seni terakhir menampilkan bintang Hollywood kesayangan ramai, Paul Walker.

Meninggal dunia pada November 2013 dalam satu kemalangan jalan raya, peranan Paul sebagai Brian O’Conner dalam naskhah akhir ini turut dijayakan oleh dua orang adiknya, Caleb dan Cody Walker.

Mereka berdua menjadi pengganti mendiang abangnya dalam baki babak yang tidak sempat dijalani Paul.

Menerusi Furious 7, penonton akan menyaksikan kemelut baharu selepas kru yang diketuai Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya menumpaskan Geng Owen Shaw dan pulang ke Amerika Syarikat.

Kehidupan aman yang didambakan kini digugat oleh abang Owen, Ian Shaw (Jason Statham) yang mahu membalas dendam atas kematian adiknya.

Tarikh tayangan: 30 April 2015



Pasukan adiwira terhebat dunia kembali bersama misi baharu demi menyelamatkan bumi daripada ancaman Ultron.

Iron Man, Captain America, Thor, Incredible Hulk, Black Widow dan Hawkeye berpadu tenaga dalam sekuel kedua The Avengers ini selepas aksi berpasukan mereka pertama kali dilayarkan pada tahun 2012.

Adaptasi daripada komik Marvel ini masih mengekalkan Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Chris Hemsworth (Thor), Mark Ruffalo (Incredible Hulk), Scarlett Johansson (Black Widow) dan Jeremy Renner (Hawkeye).

Tarikh tayangan: 11 Jun 2015



Insidious, antara francais filem seram yang meraih sambutan hangat di seluruh dunia degan filem pertamanya ditayangkan pada 2010 diikuti pada 2013.

Tahun ini, ia kembali bersama plot misteri baharu. Biarpun tidak diarahkan pengarah asalnya, James Wan, Insidious 3 menjanjikan jalan cerita lebih menarik, mengimbas kembali kejadian seram serupa sebelum ia dialami keluarga Lambert dalam dua filem terdahulu.

Sebagai naskhah prekuel, filem ini juga akan merungkai penglibatan Elise Rainier sebagai pengantara alam ghaib.

Peranan Elise masih dipegang Lin Shaye dan dia turut dibantu Dermot Mulroney , Stefanie Scott dan Hayley Kiyoko.

Tarikh tayangan: 11 Jun 2015



22 tahun selepas filem pertama, Jurassic Park (1993) ditayangkan, filem tentang dinosaur kemudiannya menjadi satu fenomena luar biasa.

Francais itu diteruskan dengan penerbitan Jurassic Park II: The Lost World (1997) dan Jurassic Park III (2001).

Bagaimanapun ada sesuatu yang istimewa tentang keluaran baharunya tahun ini, Jurassic World.

Penantian para peminatnya selama 14 tahun bakal berakhir Jun ini.

Malah, Jurassic World menjanjikan jalan cerita lebih menarik berbanding dua sekuelnya sebelum ini.

Ia akan membawa penonton kembali ke taman tema asalnya yang terletak di Pulau Isla Nublar.

Plotnya ditetapkan pada waktu selepas 20 tahun kejadian Jurassic Park pertama terjadi dengan taman tema itu kini berfungsi sepenuhnya sebagai tarikan terhebat dalam kalangan orang ramai.

Penciptaan sejenis dinosaur hibrid oleh pakar genetik taman tersebut telah mencetuskan huru-hara dan meletakkan para pengunjung dalam zon bahaya.

Filem ini akan menyaksikan Chris Pratt (Owen) sebagai tunjang utama di samping Bryce Dallas Howard (Claire) dan Nick Robinson (Zach).

Tarikh tayangan: 2 Julai 2015



Francais yang ini juga ditunggu-tunggu ramai.

Biarpun jalan cerita sekuel-sekuelnya menerima kritikan negatif daripada pengikut setianya, Terminator Genisys hadir untuk menghidupkan kembali keterujaan penonton terhadap rantaian The Terminator yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1984.

Filem kelima ini menjadi prekuel dan sekuel kepada filem pertamanya serta akan memulakan kembali ceritanya dari awal.

Ia bermula dengan konflik di antara Resistance dan robot pada tahun 2029.

Apabila mendapat laporan bahawa Skynet akan melancarkan serangan dari masa lampau dan masa depan, pemimpin Resistance, John Connor memilih Kyle Reese untuk merentasi masa lampau dan menyempurnakan misi mereka.

Sarah Connor juga akan bersama-sama Kyle menentang model baharu T-800 dan T-1000.

Perjuangan mereka turut dibantu model lama T-800 yang menampilkan Arnold Schwazenegger.

Filem ini melibatkan Jai Courtney (Kyle Reese), Emilia Clarke (Sarah Connor), Jason Clarke (John Connor) dan Byung hun-lee (T-1000).

Tarikh tayangan: 6 November 2015

Klik foto untuk paparan lebih jelas

Ejen 007 kembali dalam filem ke-24 daripada francais James Bond ini.

Spectre merupakan kemunculan keempat Daniel Craig sebagai Bond dan misinya kali ini adalah menyiasat sebuah organisasi mencurigakan dengan nama Spectre.

Siasatan itu dijalankan selepas dia menerima satu mesej rahsia berkaitan organisasi tersebut.

Masa depan M16 pula digugat oleh beberapa pihak dan memaksa M untuk terus mencari jalan penyelesaian terbaik.

Spectre turut dibarisi Ralph Fiennes (M), Monica Bellucci (Lucia Sciarra) dan Christoph Waltz (Franz Oberhauser).

Tarikh tayangan: 17 Disember 2015



Sejak diperkenalkan pada tahun 1977, Star Wars telah menjadi francais filem sains fiksyen angkasa lepas teragung dalam sejarah.

Selepas menanti selama 10 tahun (tidak mengambil kira animasi Star Wars: The Clone Wars pada 2008), peminat siri ini semestinya tidak sabar untuk menonton keluaran baharunya, Star Wars: The Force Awakens.

Apa yang menjadikan filem ini menarik adalah plot ceritanya yang bakal menceritakan kejadian selepas 30 tahun peristiwa kepulangan Jedi dan setelah Darth Vader ditewaskan.

Secara amnya, naskhah ini adalah sambungan bagi Star Wars: Episode VI–Return of the Jedi yang ditayangkan pada tahun 1983.

Filem ini dibintangi oleh Harrison Ford (Han Solo), Mark Hamill (Luke Skywalker), Carrie Fisher (Leaia Organa), John Boyega (Finn) dan Oscar Isaac (Poe Dameron).


-Sumber : sentiasapanas

Filem2 Wajib Tonton April 2015

Posted By: readit - 19:02

Tidak dapat dinafikan banyak filem menarik yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2015 ini terutamanya pada bulan April ini.


Klik SINI untuk FOTO


Ini kerana sepanjang April ini terdapat banyak filem yang bakal menemui penonton di pawagam terutamanya filem yang dinanti-nanti satu dunia iaitu filem ketujuh "Fast & Furious", "Furious 7" dan juga "The Avengers: Age Of Ultron".

Bukan itu sahaja, malah filem tempatan juga tidak kurangnya juga yang turut akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Apa yang pasti kesemua filem ini menjanjikan kelainan dan sangat menarik untuk anda tonton. Jadi kami pilih lima buah filem yang wajib anda tonton sepanjang bulan April ini!
Tayangan: 2 April 2015

Ini adalah filem yang paling dinanti-nanti bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia dan baru saja ditayangkan di Malaysia pada 2 April lalu. Filem francais "Fast & Furious" ketujuh ini adalah yang terakhir. Ia mengisahkan abang Owen Shaw, Ian Shaw mahu membalas dendam terhadap Dominic Toretto dan kumpulannya setelah mereka menjatuhkan adiknya.

Tayangan: 9 April 2015

Pasti ramai yang akan keliru dengan judul filem ini dan akan menyangka ia adalah sekuel kepada filem seram popular arahan James Wan "The Conjuring", tapi ia sebenarnya tidak. Ini kerana ia adalah filem seram daripada Vietnam. Ia mengisahkan tentang wanita bernama Lan yang telah bercerai dengan suaminya, dan telah membawa anak lelakinya berusia lima tahun berpindah ke sebuah pangsapuri yang telah ditinggalkan lama selepas berlaku kejadian aneh.

Tayangan: 9 April 2015

File mini adalah sekuel "The Best Exotic Marigold Hotel" pada tahun 2012. Sonny Kapoor (Dev Patel) akan berkahwin dengan cinta hatinya Sunaina (Tina Desai), mengimpikan untuk memiliki hotel kedua selepas kejayaan pertamanya. Masalah mula timbul apabila hotel pertama hanya satu bilik sahaja yang tinggal sedangkan pengunjung baru tiba iaitu Guy (Richard Gere) dan Lavinia (Tamsin Greig). Pelbagai masalah timbul dan hanya pembantu pengurus hotel Muriel (Maggie Smith) yang mampu menyelesaikan semua masalah mereka.

Tayangan: 16 April 2015

Filem tempatan yang wajib anda tonton bulan April adalah filem "Abang Lejen" yang dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Farid Kamil, Intan Ladyana dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang dua beradik yang kehilangan ibu bapa sejak kecil. Hubungan mereka akrab dan si abang berjanji akan sentiasa menjadi adik lelakinya.

Tayangan: 23 April 2015

Ya, ini adalah filem blockbuster dinanti-nantikan di seluruh dunia. Pasukan adiwira-adiwira The Avengers yang kembali bergabung dalam satu misi menentang sebuah robot ciptaan Dr Hank Pym yang telah menjadi ancaman terhadap kehidupan manusia dan dunia. 


- Sumber: Tupai.com.my

(FOTO) Cara Paul Walker "Dihidupkan" Semula Dalam Movie Fast & Furious 7

Posted By: readit - 18:33



Klik SINI untuk FOTO

#Kepada mereka yang sudah menonton filem Fast & Furious 7, pastinya pelik apabila watak Brian O’Connor yang dipegang oleh Paul Walker boleh dihidupkan kembali dalam filem ini lantaran mendiang telah disahkan mati pada akhir tahun 2013 selepas terlibat dalam satu kemalangan maut.


#Kematian Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7 selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast & Furious 7 masih dalam proses pembikinan.

#Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.


#Bagi menjadikan filem ini real dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast & Furious 7 ini.


#Proses mengklon watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker digunakan untuk pandangan mata.

#Teknologi canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa. Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang tepat.


(FOTO) Respect!! Aksi Neelofa ‘REJECT’ SALAM TANGAN Lelaki Buat Peminat Kagum

Posted By: readit - 21:00
(FOTO) Respect!! Aksi Neelofa ‘REJECT’ SALAM TANGAN Lelaki Buat Peminat Kagum


Lihat : FOTO2 SELEBRITI DI KARPET MERAH ABPBH 2014
Baca : SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2014

Aksi Neelofa ‘Reject’ Salam Tangan Lelaki Jadi Viral Di Laman Sosial. Banyak peristiwa menarik yang berlaku semasa berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) semalam. Selain dari tindakan spontan Johan mencium bibir isterinya Ozlynn sebaik diumumkan pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, ada yang lebih menarik ketika Neelofa sedang berjalan menuju ke pentas selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Pengacara TV Wanita Popular, seorang lelaki telah menghulurkan tangan untuk menyalamnya. Namun salam itu telah di’reject’ oleh Neelofa dan aksi tersebut menjadi viral di laman sosial.

Rata-rata ramai yang gembira dengan tindakan tersebut dan memuji Neelofa yang mengikut syariat Islam agar tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram.




Apa pun tahniah kepada Neelofa atas kemenangan anda. Tahniah juga kerana menunjukkan contoh yang baik selaku seorang Muslimah yang bertudung.

p/s: semoga lelaki tersebut tidak terlalu kecewa. Hehehe.

- Sumber : sensasimalaysia

SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2014

Posted By: readit - 18:26
SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2014



Klik SINI untuk FOTO2 Selebriti di Karpet Merah

#36 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan pelakon Shaheizy Sam menggondol Anugerah Bintang Paling Popular dan merupakan kemenangan kali ketiga buat dirinya.

#SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2014 | Ada juga kejutan menyaksikan pelakon Shah Iskandar memenangi anugerah Pelakon Tv Popular menewaskan pelakon popular lain seperti Aaron Aziz dan Adi Putra. Selain itu Abam dari kumpulan Bocey juga membuat kejutan apabila memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dengan menyingkirkan pesaing hebat seperi Jep Sepahtu dan Zizan Razak.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH 2014:-

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 – Shaheizy Sam

Artis Baharu Lelaki Popular – Hafreez Adam

Artis Baharu Wanita Popular – Ayda Jebat

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular – Akim

Penyanyi Wanita Popular – Adira

Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Nad Zainal

Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Abam

Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (Era)

Penyampai Radio Wanita Popular -Fara Fauzana (Hot)

#Sebagai makluman ABPBH adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan tahun ini, majlis yang dianjurkan buat kali ke-28 telah diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands sebagai lokasi penganugerahan tersebut.


Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.