.

.
Powered by Blogger.

Latest Updates

Tips Memilih Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah

Posted By: readnext - 16:49



Pasti ramai wanita diluar sana membeli tudung yang cantik tetapi apabila dipakai ia seolah-olah tidak 'masuk' dengan wajah anda.

Bukan kerana wajah anda tidak cantik, semua makhluk diciptakan sungguh indah, cuma kombinasi bentuk wajah anda memerlukan pemakaian tudung yang bersesuaian.
Pada dasarnya bertudung ini sama seperti memilih gaya rambut, dalam erti kata lain harus melihat bentuk wajah ana. Berdirilah di depan cermin dan fahami terlebih dahulu bentuk wajah anda sama ada berbentuk persegim bulat, oval, segitiga atau bujur.

Di sini SK sertakan tip pemilihan tudung yang sesuai mengikut bentuk wajah.





Bagi anda yang memiliki wajah bentuk persegi ini, lebih baik mengenakan tudung yang meruncong ke bahgian atas kerana ia akan membuatkan wajah anda lebih terselah dan cantik.

Cuba untuk memperhaluskan penampilan dengan menutup bahagian rahang tudung. Ia akan menyebabkan wajah anda lebih 'ramping' dan menonjol dengan lembut.




Untuk pemilik tudung bagi mereka yang berwajah bulat, perkara pertama yang harus diperhatikan adalah menghindari tudung yang terlalu rendah di bagian dahi. Kerana semakin rendah, wajah akan dilihat semakin bulat. Manfaatkan teknik ini untuk mempercantik diri,iaitu dengan meninggikan tudung di bahagian dahi.





Anda yang memiliki wajah segitiga harus menghindari kesan wajah yang meruncing di bahagian bawah. Elakkan mengenakan tudung dengan motif garis lurus dan melebar di atas. Untuk kelihatan cantik gunakan tudung yang berbentuk tajam ke dahi dan lebar dibawah dagu. Ini akan mengimbangi tampilan dagu Anda yang runcing di bagian bawah.




Dahi yang lebar biasanya menjadi masalah bagi mereka yang memiliki wajah memanjang. Untuk menghindari kesan tersebut, jangan menggunakan tudung dengan dahi yang tinggi. Ini juga akan membuatkan kesan wajah yang kurang seimbang antara dagu dan dahi. Untuk itu, kenakanlah tudung dengan bahagian dalam yang tampak di bagian dahi. Dan semuanya akan tampak lebih sempurna bila bahagian dalam ini berbentuk lurus atau sedikit melengkung.


Wajah oval tampaknya adalah satu anugerah terbaik bagi mereka yang menyukai tudung. Bentuk wajah ini amat sesuai mengenakan tudung dari jenis apa saja cuma bergantung kepada epintaran serta kreativiti.

Untuk lebih mempercantik diri, lengkapilah koleksi busana muslim dan hijab yang telah disesuaikan dengan bentuk wajah. - Siakapkeli.my

Lihat Juga : Gadis Ini Bawa Tilam Naik Pentas Konvokesyen!! Jom Baca Kisah di Sebaliknya...


sumber : siakapkeli

11 Gambar Bayi Dirakam Menerusi TV Pemantau Bayi ini Pasti Membuatkan Ibu Bapa Tidak Lena Tidur

Posted By: readnext - 07:44



Mempunyai anak kecil sememangnya satu perkara yang sangat sukar bagi ibu bapa. Lebih-lebih lagi pada waktu malam yang mana kadang-kadang si anak akan berkerenah menangis dan sebagainya.

Oleh itu sesetengah ibu bapa yang mana tidak tidur bersama anak akan memasangkan kamera di bilik anak-anak untuk memudahkan pengawasan terhadap mereka lebih-lebih lagi pada waktu malam.


Bagaimanapun kadang-kadang visual menerusi kamera yang menggunakan infrared pada waktu malam menghasilkan visual yang agak seram. Lebih-lebih lagi sekiranya kelakuan anak-anak pada satu ketika agak ganjil dan kadang-kadang beberapa entiti lain mungkin kelihatan pada visual infrared tersebut.

Di sini Siakapkeli ingin kongsikan beberapa gambar visual yang menyeramkan menerusi tv pengawasan anak-anak. —Siakapkeli.my

Jom lihat gambar-gambar tersebut di SINI


sumber : siakapkeli



Menjijikkan..!!! Kolam Renang Air Kencing

Posted By: readnext - 18:19

Foto Hiasan
Kolam renang air kencing

Beijing: Pihak berkuasa kesihatan bandar raya ini mendapati separuh daripada kolam renang awam di sini mengandungi paras air kencing terlalu tinggi.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan baru-baru ini, pihak berkuasa itu mendapati sebahagian kolam renang awam itu mempunyai kandungan urea - bahan kimia yang terdapat dalam air kencing - melebihi 3.5 miligram setiap liter air, melebihi had standard kebangsan.


Ada kolam renang yang tidak diselenggara dengan baik mengandungi 20 miligram bahan itu dalam setiap liter air.

Seorang pegawai berkata: “Tidak hairanlah ramai pengguna kolam renang mengadu mata mereka merah setiap kali berenang di situ. Ini kerana sebahagian besar pengguna kencing dalam kolam itu.”


Menurutnya, nitrogen dalam air kencing jika bercampur dengan klorin akan membentuk kloramin, punca yang menyebabkan mata merah.

Katanya, lebih banyak bau klorin di dalam kolam, lebih banyak air kencing di dalamnya. - Agensi


sumber : hmetro

Pengantin Dari Turki Ini Adakan Majlis Perkahwinan Dengan Jemput Lebih 4000 Pelarian Syria

Posted By: readnext - 17:06



Hari perkahwinan adalah satu hari bahagia yang pasti ditunggu-tunggu oleh setiap insan di mana hari tersebut adalah hari membuktikan cinta di mana pasangan pengantin akan dilayan bak raja.

Sudah pasti di hari tersebut bakal pengantin pasti mengidamkan sebuah majlis yang serba serbi lengkap dan indah.

Namun lain pula ceritanya pasangan daripada Turki ini, mereka memilih mengabadikan majlis perkahwinan mereka dengan cara yang tersendiri.

Pasangan Fethullah Uzumcuoglu dan Esra Polat telah mengundang dan menjamu makanan kepada kira-kira 4,000 pelarian Syria ke majlis perkahwinan mereka di Kilis, Turki Selatan.


Tindakan pasangan ini telah mendapat perhatian ramai orang di seluruh dunia kerana mereka lebih memilih melakukan perkara amal di dalam majlis perkahwinan mereka dengan menyediakan makanan kepada pelarian Syira yang hidup dalam kemiskinan ini sekali gus mengejutkan seluruh dunia.



Apa yang lebih menarik, tiada majlis keraian seperti majlis perkawinan lain apabila mereka sendiri yang membantu dalam mengagih-agihkan hidangan makanan kepada pelarian Syria yang hadir.


Majlis seumpama ini sebenarnya telah dicadangkan oleh bapa Fethullah, Ali, di mana dia berpendapat anak dan menantunya perlu melakukan sesuatu amalan murni sebelum memulakan kehidupan baru.



Menurut pengantin lelaki beliau merasa sungguh terharu dan luar biasa kerana majlis perkahwinannya itu diadakan sambil melakukan kerja amal.

“Melihat kegembiraan yang terpancar di mata anak-anak pelarian Syria merupakan pengalaman tidak ternilai harganya.

“Rasa bersyukur dapat memulakan perjalanan hidup kami sebagai pasangan suami isteri dengan membuat orang lain bahagia. Itu adalah perasaan yang sangat hebat,” ujarnya. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Kisah Awek Umur 22 Tahun, Gaji RM1200, Beli Kereta CASH Dan Hartanah Bernilai RM110,000

Posted By: readnext - 16:58



Tiada apa yang mustahil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Selalu Tok dengar keluhan pembaca GilaHartanah.com.

“GAJI SAYA SIKIT JE, TOK. HARGA RUMAH DAH MAHAL. MACAM MANA NAK BELI RUMAH NI?”

Tuan Faizul Ridzuan telah menggalakkan kami menceritakan kisah gadis muda Cik S yang kini bekerja di kafe CoffeeBean di Kuala Lumpur.

Kami berpeluang menemuduga Cik S yang bergaji RM1200 sebulan tentang bagaimana beliau mampu menyimpan RM500 sebulan untuk membeli hartanah bernilai RM110,000.
Ikuti wawancara kami:


Q – Umur Cik S dan suami sekarang berapa ya?

A- Saya  berumur 22 tahun dan suami berumur 23 tahun

Q – Kahwin bila tu?

A – Tahun 2012 bila umur saya 19

Q – Wah awalnya kahwin! Macam mana kumpul modal untuk berkahwin? Ambil personal loan tak?

A – Kami tak ambil personal loan langsung. Kami belanja RM15,000 untuk semua, dan semua duit tu dari simpanan saya dan suami.

Q – Kalau tak keberatan, boleh kongsikan pendapatan suami dan cik S sekarang? 

A – Segan nak cakap. Pendapatan bersih kami berdua sebulan adalah hampir RM3000 sebulan sekarang.

Q – Sekarang ramai graduan yang mengatakan gaji RM3000 sebulan pun tak cukup. Macam mana Cik S boleh menyimpan sehingga RM500 sebulan dengan pendapatan bersama tak sampai RM3000 sebulan?? Sewa rumah, Kereta, makan, Astro, Internet, semua tu, bolehkah hidup dengan pendapatan RM3000 sebulan?

A – Tak tahulah. Tapi kami jenis tak berbelanja banyak. Contohnya :

Dulu kami takde kereta, hanya ada 2 motor. Kalau kerja kami syif yang sama, kami pergi kerja naik satu motor je. Romantik sikit.
Pergi kerja bawa bekal. Boleh makan sedap dan kita pun tahu yang makanan tu bersih sebab kita sediakan sendiri.
Kami tak langgan internet atau Astro sendiri
Kami duduk dengan parents buat masa ni.
Tak pernah melancong keluar negara, hanya melancong dalam negara sahaja.
Baru-baru ni kami beli kereta nd-hand Wira pada harga RM10,000, tanpa hutang. Tapi jarang bawa sebab hari hari naik motor pergi kerja.
Q – Apa perancangan kewangan yang pernah dibuat sebelum ini?

A – Kami takdelah merancang secara detail, tapi kami tahu kami kena berjimat dan menyimpan.

Tahun pertama kami kahwin kami terus buka simpanan ASB.

Tahun kedua kami beli kereta wira tu cash.

Tahun ketiga kami rancang nak beli rumah, dah lama kami tengok tengok rumah sampai jumpa rumah apartment low cost di Damansara. Kami nak beli tapi tak berani sebab ilmu takde.

Q – Oh kata tak berani nak beli sebab takde ilmu tapi sekarang berani pulak?

A – Itulah. Kebetulan abang Faizul Ridzuan selalu buat appointment di tempat saya bekerja. Hari-hari mamat ni datang berjumpa orang yang lain lain. Bila saya dapat tahu abang Faizul ni suka melabur dalam hartanah, saya beranikan diri tanya dia. Dan alhamdulillah dia tak lokek ilmu dan dia yang guide saya step by step. Tu yang jadi berani sikit.


Macam tu la ceritanya. Memang tak ramai orang yang mampu buat macam Cik S. Apa yang Tok boleh puji adalah sikap dia.

Dengan gaji yang sedikit, Cik S sanggup ikat perut dulu, pandai “ukur baju di badan sendiri”, tidak berbelanja boros.

Akhirnya, dapat jugak beli kereta dan rumah sendiri, sedangkan orang lain ada yang gaji lebih besar pun masih menyewa lagi sampai sekarang.

Apa lagi alasan kita?

sumber : gilahartanah

Fakta Menarik Pulau Reunion, Lokasi Serpihan MH370 Ditemui

Posted By: readnext - 16:56




Pulau Reunion bukanlah lokasi yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia.

Tetapi apabila tercetusnya pengesahan bahawa serpihan pesawat berhampiran dengan pulau ini, kami ingin bawakan 10 fakta tentang Pulau Reunion.


1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abad ke 16. Pulau yang pada ketika itu tiada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.



Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. Sehingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis.



2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditukar nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793.



3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa – Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini.
Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.



4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.



5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik!


6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai.



7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran ‘high class‘ di pulau ini.

8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17.



Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh.


Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.

9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes.



Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini.

10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya.



Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihat canyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di sekeliling pulau ini.



Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam ‘bucketlist’ anda.
sumber : thevocket

Beli Rumah Vs Beli Kereta Dulu..!!??

Posted By: readnext - 19:34



Beli rumah atau beli kereta dulu? Ini jawapan paling kontroversi dan ramai benci.


Akhirnya…

Tok sebenarnya dah lama tunggu masa yang sesuai untuk kongsi artikel yang paling kontroversi di Malaysia.

Artikel apa?

Ia berkenaan dengan soalan yang paling sensitif, dan juga merupakan dilema 90% rakyat Malaysia.

Soalan apa yang Tok maksudkan?

“JIKA SAYA ADA PILIHAN UNTUK BELI KERETA ATAU HARTANAH, MANA SATU PILIHAN TERBAIK?”

Jawapan untuk soalan ini sebenarnya sudah jelas lagi padu. Tetapi biasanya kita gagal untuk mengawal nafsu dan emosi, dan akhirnya memilih untuk membeli kereta.

Artikel ini bakal buatkan anda trauma untuk beli kereta.

Tok akan bagi Faizul Ridzuan jawab soalan di atas. Sebab beliau sudah bekalkan data, statistik, logik dan juga realiti berdasarkan angka.

Lepas anda baca artikel ini, Tok harap kepala otak anda semua sudah kembali waras untuk buat keputusan.

Tok sudah bagi ubat. Anda yang kena buat keputusan untuk makan ubat itu atau tidak.

Terpulang. Tok tak rugi apa-apa.

Hutang kereta menyebabkan majoriti rakyat Malaysia… MISKIN.

“KERETA ADALAH ITEM PALING KEJAM YANG BOLEH BANTUTKAN KEBEBASAN KEWANGAN SESEORANG.” – FAIZUL RIDZUAN.

Agak melampau kenyataan di atas. Tetapi boleh dikatakan logik juga memandangkan hutang kereta yang menyebabkan majoriti rakyat Malaysia miskin dan tersepit untuk hidup bebas kewangan.

Ada kes yang lebih teruk, terdapat segelintir manusia yang “sangat bijak” menggunakan kad kredit untuk bayar deposit kereta idamannya.

Siapa buat, memang kebijaksanaan mereka “terserlah”.

Senarai kos-kos tersembunyi yang ramai pembeli kereta terlupa, yang akhirnya membinasakan diri.

Ada segelintir pula cakap,

“TAPI, TAPI, TAPI KADAR FAEDAH UNTUK PINJAMAN KERETA JAUH MURAH BERBANDING PINJAMAN RUMAH.

JADI SAYA ADALAH ORANG YANG BIJAK BILA BUAT PINJAMAN KERETA.”

Ya, bijaklah “sangat.” Tok pun mula-mula ingat Tok berada dalam golongan yang “bijak.” Rupa-rupanya selepas menuntut ilmu dengan Faizul, Tok rasa Tok paling bodoh.

Majoriti rakyat Malaysia beli kereta hanya lihat pada kos bayaran bulanan (monthly installment). Sebenarnya ada banyak lagi kos tersembunyi yang perlu kita ambil tahu dan kira semasa kita beli kereta.

Antara kos-kos tersembunyi itu adalah:

1) Kos insurans.

2) Cukai jalan.

3) Minyak.

4) Tol.

5) Parking.

6) Servis penyelenggaraan (maintenance).

7) Alat-alat gantian kereta.

8) Kos yang perlu ditampung apabila berlaku kejadiaan yang tidak diingini. Contohnya? Kereta rosak di tengah jalan.

3 Contoh pembelian kereta yang merugikan. Contoh 3 paling epik.

Untuk jadikan otak kita lebih faham tentang betapa besarnya kos-kos yang perlu kita tanggung apabila membeli kereta, Faizul Ridzuan sudah tolong buat kira-kira.

Secara ringkasnya, beli kereta merupakan satu keputusan yang boleh menjahanamkan masa depan kewangan kita.

1) Jika beli kereta Myvu (bukan nama kereta sebenar), nilainya akan jatuh sebanyak RM28,000 dalam masa 10 tahun.

Manakala kos untuk jaga kereta Myvu pula adalah RM1,400.

Percaya atau tidak, apabila kita campur semua kos Myvu, kita sebenarnya mampu untuk beli apartment Menara Orkid pada tahun 2005, dan memperoleh keuntungan sekitar RM142,000 pada hari ini jika rumah itu dijual.

2) Jika kita beli kereta buatan Jepun seperti Hondu Citu, nilainya akan jatuh sekitar RM49,000 dalam masa 10 tahun.

Kos untuk menjaga kereta ini pula sekitar RM1,736.

Ini bermakna, kita telah kehilangan peluang untuk beli aset hartanah seperti Pangsapuri Tania di Kota Damansara pada tahun 2005.

Berapa keuntungan kasar yang kita boleh dapat jika jual Pangsapuri Tania pada hari ini? Tak banyak. Cuma RM212,000.

3) Jika beli kereta Jerman seperti Biyemdabelyu, lagi jahanam.

Dalam masa 10 tahun, kita akan kerugian sebanyak RM185,000. Manakala kos untuk jaga kereta Biyemdabelyu adalah RM4,655.

Kalau kita guna duit ini untuk beli MK Pines di Mont Kiara pada tahun 2005, kita boleh dapat keuntungan kasar sebanyak RM674,730 jika rumah itu dijual pada tahun 2015.



Menyesal tak beli rumah… Atau menyesal tak beli kereta?

Harap tiada siapa terasa hati dengan artikel ini.

Eh, tak. Tok memang nak pembaca terasa hati kerana keputusan pembelian kereta adalah keputusan kita sendiri.

Tok tak pernah dengar ada orang menyesal tak beli kereta XYZ 10 tahun lalu.

Tapi, Tok selalu terima ayat penyesalan seperti ini,

“MENYESAL AKU TAK BELI HARTANAH XYZ INI 10 TAHUN LEPAS.”

Menyesal sekarang memang tak dapat apa. Nasi sudah jadi bubur.

Setiap kali nak beli kereta atau rumah, gunakan artikel ini untuk betulkan otak kita supaya dapat buat keputusan yang lebih tepat.

Jangan kerana nak nampak hebat di depan orang dengan kereta mewah, kita sanggup gadaikan kebebasan yang sepatutnya kita boleh dapat.

sumber : gilahartanah

Hiburan

Viral

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.