Mayat Pemain Import T-Team Jadi Rebutan 2 Negara

Posted By: readnext - 19:01

Share

& Comment




KUALA TERENGGANU – Uzbekistan atau Nigeria? Tuntutan mayat kapten pemain T-Team, David Faramola Oniya kini menjadi perhatian apabila keluarga dan isterinya mahu membawa pulang ke negara masing-masing.

Portal berita AgendaDaily pada Selasa melaporkan, isteri pemain pertahanan The Titans itu, Rogozina Lyubov dikatakan mahu menuntut mayat suaminya sendiri sebelum dihantar pulang ke negaranya di Uzbekistan.
Sebelum ini, bapa kepada pemain berkenaan meminta pihak pengurusan kelab T-Team supaya menguruskan penghantaran mayat mendiang Oniya balik ke kampung kelahirannya dekat Lagos, ibu negara Nigeria.



Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, pihaknya namun dimaklumkan isteri kepada mendiang turut datang untuk menuntut mayat dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada Selasa.

Bagaimanapun menurutnya lagi, bapa mendiang Oniya, James Oniya juga akan datang ke negara ini bagi menguruskan proses tuntutan jenazah anaknya untuk dibawa pulang ke Nigeria dalam beberapa hari lagi.
“Sebelum ini, kita memang menerima arahan supaya menghantar pulang Oniya ke Nigeria, tetapi sekarang kita mendapat tahu balu kepada mendiang meminta mayat Oniya untuk dihantar ke Uzbekistan pula.



“Kita berharap masalah tuntutan bertindih mayat mendiang tidak menimbulkan perbalahan antara bapa dan isterinya, sebaliknya mencapai persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak,” kata Mohd. Syahrizan.

Pemain import berusia 30 tahun itu dilaporkan jatuh rebah secara tiba-tiba ketika aksi perlawanan persahabatan antara T-Team dengan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota, Bharu pada Sabtu lalu.

Oniya segera dihantar oleh sepasukan paramedik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di ibu negeri Kelantan itu, namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan susulan. – Agensi/Mynewshub/H.A.A








About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.