Individu Muat Naik Status Hina Gempa Bumi Sabah Ditahan Polis

Posted By: readnext - 20:58

Share

& Comment


KOTA KINABALU: Pihak polis semalam telah berjaya menahan seorang individu yang dipercayai telah memuat naik status hinaan berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah.

Kredit Foto : FMT

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, Individu berkenaan yang merupakan seorang lelaki warga tempatan telah ditahan pada jam 9 malam semalam.

"Siasatan serta rakaman percakapan kemudian dibuat terhadap suspek dan ia selesai pada jam 11 malam. Selain itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim milik suspek untuk tujuan siasatan lanjut," katanya.

Hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Sabah untuk menjalankan proses pendakwaan.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. - Siakapkeli.my



About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.