.

.
Powered by Blogger.

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera

Posted By: readnext - 23:44



CHINA – Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.

Menurut doktor, bayi yang tidak dinamakan itu, mengalami kerosakan kekal akibat flash kamera berkenaan yang hanya 10 inci daripada bayi berkenaan.

Ia mengakibatkan mata kanannya buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas. Kerosakan itu dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan.


Flash kamera yang kuat itu telah merosakkan macula, iaitu bahagian dalam mata.

Macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun, sekaligus bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.

Ibu bapanya hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan bayi itu sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas rakan mereka yang merakamkan gambar tersebut.


Menurut pakar, meskipun bayi akan menutup mata apabila mereka terdedah kepada cahaya yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Ibu bapa juga sepatutnya berhati-hati ketika memandikan anak mereka memandangkan lampu dalam tandas mempunyai cahaya yang kuat. – Mynewshub.cc


sumber : mynewshub

FB Najib Dibanjiri Puluhan Ribu Mesej Letak Jawatan

Posted By: readnext - 23:23



Bermula dari pengumuman rombakan kabinet yang menggugurkan Muhyiddin Yassin baru-baru ini, Facebook Perdana Menteri, Najib Razak dibanjiri dengan puluhan ribu mesej letak jawatan yang dicopy paste  di ruangan komen status Perdana Menteri Malaysia itu.


Komen-komen terbabit dipenuhi dengan hashtag najibletakjawatan.




Selain dari itu terdapat juga komen-komen dari pengguna media sosial yang melawan komen letak jawatan itu dengan menulis #wesupportyounajib.



Komen-komen terbabit paling banyak ditulis di dalam kenyataan di Facebook tersebut yang menjelaskan tindakannya merombak kabinet semalam. 

Sehingga ke saat ini, pertarungan berbalas komen itu masih lagi berlaku.- Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

(Foto) Majlis ‘Baby Shower’ Jaclyn Victor Disambut Meriah

Posted By: readnext - 22:59



Penyanyi Jaclyn Victor kini sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran cahaya mata pertamanya, hasil perkahwinan bersama suami, Shawn Rivera menjelang Ogos. Ahad lalu, bertempat di Ratatouille La Gourmet, Publika, pasangan ini telah mengadakan majlis baby shower dan turut dimeriahkan dengan kehadiran teman-teman rapat serta keluarga.

Klik >>> SINI <<< untuk foto2 majlis 'baby shower' Jaclyn Victor
“Sebenarnya, saya tidak merancang pun untuk mengadakan majlis baby shower ini. Tetapi, apabila Ning menghubungi saya dan memberitahu ingin mengadakan majlis baby shower, saya bersetuju. Ianya boleh dikira sebagai perancangan saat akhir. Apa pun saya sangat terharu, dan berterima kasih kepada Ning yang sanggup meluangkan masa walaupun dalam keadaan sibuk,” ujar Jac.

Ditanya mengenai kesihatannya dan kandungan, dia bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, tanpa sebarang alahan dan masalah.

“Doktor juga memberitahu bahawa kandungan saya dalam keadaan yang baik, dan saya boleh meneruskan aktiviti harian seperti persembahan dan senaman,” jelasnya lagi yang masih inginkan kejutan mengenai jantina kandungannya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Dina Nadzir, Vince Chong, Nurul Depp, Elvira Arul, Ning Baizura yang juga merupakan penganjur majlis, serta ramai lagi. Kepada Jac dan suami, semoga dikurniakan seorang bayi yang sihat dan comel.

Klik >>> SINI <<< untuk foto2 majlis 'baby shower' Jaclyn Victor

sumber : sensasimalaysia

(Video) Mengerikan!! Wanita Maut Di'Telan' Eskalator

Posted By: readnext - 20:38



SEORANG wanita di China menemui ajal dengan cara menyayat hati apabila ‘ditelan’ oleh eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya besar bersama anaknya.

Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di Jingzhou kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu sebelum rakaman video litar tertutup berkenaan dimuat naik ke laman Youtube.
Menerusi klip berdurasi 0.35 saat itu, ia memaparkan mangsa dan anaknya menaiki eskalator tanpa gangguan teknikal sehinggalah tiba di tingkat seterusnya.

Ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘membaham’ hidup-hidup wanita berkenaan.

Lebih menyayat hati, naluri keibuan wanita itu jelas terpancar apabila dia terus menolak anaknya ke tempat selamat sebelum hilang dari pandangan.




Walaupun terdapat beberapa individu di tepi eskalator ketika kejadian berlaku, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan.

Memetik laporan LiveLeak, jasad mangsa hanya berjaya dikeluarkan setelah tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

sumber : mynewshub.cc

(Viral) Intipati Ucapan TS Muhyiddin Yassin Pada Mesyuarat Majlis Penutup Mesyuarat UMNO Cheras

Posted By: readnext - 20:27



UCAPAN Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam ternyata menghangatkan lagi pentas politik negara.

Selain liputan meluas media yang menjadikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tajuk utama berita, turut menjadi viral adalah intipati ucapan Muhyiddin termasuk di aplikasi WhatsApp.

Tinjuan Sinar Online mendapati intipati ucapan itu disebarkan sejak awal pagi tadi, sejurus kenyataan 'benar tetapi pahit' ini disampaikan oleh Muhyiddin, malam tadi. 

Terdapat enam intipati ucapan yang didakwa disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu: 

1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin. 

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.

3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula deagn bebanan hutang 1MDB. 

4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.  

5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu.  Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli  Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.

6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎


sumber : shonline

Senarai Penuh Rombakan Kabinet Baharu 28 Julai 2015

Posted By: readnext - 20:18
Senarai Penuh Kabinet Baharu



Perdana Menteri, Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Masir Anak Kujat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan 
Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Pengangkutan
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan 
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan 
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan 
Datuk Wira Johari Baharom

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Alexander Nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Datuk Dr Abu Bakar Mohamd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Azizah Mohd Dun
Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya 
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya 
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 
Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Saravanan A/L Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ir Hamim Samuri

Menteri Pendidikan 
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan 
P. Kamalanathan
Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Jailani Johari



Senarai yang digugurkan:

Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Datuk Seri  G. Palanivel
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hasan Malek
Datuk Dr Ewon Ebin

Timbalan Menteri
Datuk Abd Rahim Bakri


sumber : shonline

Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia

Posted By: readnext - 20:50

Manuskrip ditulis atas kulit dan berusia 1,370 tahun akan dipamerkan Oktober depan.

London – Universiti Birmingham dipercayai memiliki manuskrip al-Quran tertua di dunia dipercayai berusia 1,370 tahun.

Analisis radiokarbon menunjukkan naskhah itu dari sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.



Hasil ujian itu yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.

Profesor Agama Kristian dan Islam universiti berkenaan David Thomas berkata: “Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi universiti kami, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam.
“Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya.

“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”

Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.

Manuskrip itu akan dipamerkan di Institut Seni Halus Barbaer universiti terbabit, Oktober depan. – Agensi/myMetro Online


sumber : mynewshub

Nama Saya Faizul Ridzuan Dan Saya Sedih Tengok Graduan Sekarang - Ikon Hartanah

Posted By: readnext - 20:33



Nampaknya video yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) mengenai seorang graduan undang-undang meluahkan rasa mewakili golongan muda telah mendapat pelbagai komen dari netizens dan juga golongan profesional.

Dari seorang pekerja Petronas, Peguam dan ramai lagi, kini giliran seorang ikon pelabur hartanah terkenal pula memberi maklum balas terhadap video berkenaan.

Apa yang SK kongsikan ini adalah semata-mata bertujuan untuk dijadikan inspirasi kepada anak-anak muda diluar sana termasuk SK sendiri.


Apa yang diceritakan oleh saudara Faizul ini mungkin tidak ramai dapat merasa nasib seperti beliau tapi tidak salah untuk kita ambil contoh dan iktibar daripada kisahnya.


NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG
Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum faham realiti kehidupan.

Memandangkan beliau berumur 23 tahun skrg, saya nak ceritakan sikit apa yang saya ada ketika berumur 23 tahun (tahun 2004):

1. Saya baru graduate dari University Malaya dalam jurusan software engineering. Saya bekerja di Starbucks sejak tahun 1999 sehingga 2004 untuk mencari wang poket. Bolehlah dapat gaji RM800 hingga RM1000 sebulan, cukup untuk bayar motor skuter saya, makan minum dan duit untuk dating dgn ex-GF seminggu sekali.

2. Saya beli motor skuter waktu belajar guna duit saya dapat dari p/time pembancuh kopi. Itulah kenderaan rasmi saya setiap hari. Keluarga saya tak mampu nak beri saya kereta walaupun sambung bayar. Jadi Saudari Z, anda lebih bertuah dari saya. At least bapa anda mampu bagi kereta untuk anda pakai.

3. Waktu itu adalah zaman gawat dalam undustri IT di Malaysia. Berpuluh ribu graduan IT dan komputer sains yang dilahirkan setiap tahun tetapi pekerjaan yang ada memang terhad. Ini disebabkan kerana Dotcom Bubble di USA pada tahun 2001/2002 yang menyebabkan banyak syarikat dalam industri ini tutup kedai. Kerja pertama yang saya dapat sebagai programmer, gaji yang ditawarkan cuma RM600 sebulan + penginapan disediakan.

4. Bayangkan, gaji pertama saya dalam indusri ini selepas belajar 4 tahun di university yang di iktiraf lebih rendah dari gaji saya sebagai pembancuh kopi di Starbucks. Saya tak berani nak komplen pun sebab ada ramai lagi graduan yang kerja pun tiada.

5. Selepas setahun dalam industri IT, saya putuskan saya nak belajar berniaga sebab nak ubah nasib. Tetapi disebabkan tiada modal, saya putuskan untuk bekerja dulu dan kumpul modal. Tapi saya putuskan yang semua pekerjaan yang saya pilih mesti berikan saya ilmu dan ajaran untuk jadi seorang peniaga yang berjaya. Kesimpulannya, saya tak akan ambil apa-apa pekerjaan semata-mata kerana gaji.

6. Pekerjaan pertama yang saya pilih selepas buat keputusan ini, adalah sebagai jurujual kad kredit. Saya pilih pekerjaan ini kerana saya nak belajar menjual, dan teknik jualan adalah perkara asas kalau nak jadi peniaga yang berjaya. Gaji basic saya adalah RM0, sebab saya cuma dibayar komisyen 100%. Kalau saya gagal jual apa-apa, saya akan makan pasir bulan itu. Saya seumpama dicampak dalam air dan kena belajar berenang secepat mungkin sebelum mati tenggelam.


7. Jurujual kredit kad Ini pekerjaan yang anda tak perlukan SPM untuk diterima. Ibu saya cukup risau tapi beliau still merestui keputusan saya. Ayah saya berpendapat ini pekerjaan untuk orang yang tiada pendidikan, dan saya seumpama membuang ijazah yang saya berusaha 4.5 tahun untuk dapat (matrikulasi dan tambahan 1 semester). Sebulan beliau tidak berbicara dgn saya sebab dia kecewa dengan pilihan saya. Ramai kawan-kawan beranggapan saya sudah hilang akal. Tiada seorang pun rakan dan ahli keluarga saya yang berikan sokongan penuh, mungkin sebab mereka risau. Cuma ex-GF saya beri sokongan penuh walaupun beiiau kurang faham. (Hari ini, ex-GF dah naik pangkat jadi isteri). Waktu itu, memang rasa seperti kita berseorangan dalam dunia yang besar.

8. Hari pertama saya bekerja, saya dihantar ke stesen minyak BhP di Shah Alam untuk jual kredit card kepada orang yang sedang mengisi minyak. Saya menggigil bila berjumpa prospek. Saya baca dari kertas skrip jualan saya sebab masih tak hafal. Sebelum ni hanya tahu berbicara dengan komputer, sekarang saya kena berbicara dgn manusia lain dan buat pekerjaan yang saya langsung tiada kepakaran.

9. Bulan pertama saya jadi jurujual, alhamdulillah saya dapat jadi top 3 dalam jualan. Saya pun terperanjat sebab saya sendiri tak sangka boleh buat dan dapat top 3 secepat ini. Saya rasa nekad saya membuang ijazah untuk cuba bidang baru buat saya lebih berusaha sebab saya nak buktikan kepada mereka yang tak sokong saya dan menghina saya yang saya boleh buat benda ni dan dapatkan pendapatan yang melebihi apa yang saya pernah dapat. Majoriti rakan-rakan seperjuangan saya pulak orang cina, dan diorang memang sangat berusaha. Jadi saya dapat belajar dari mereka macammana nak tinggikan work-ethic, tingkatkan EQ dan tingkatkan skill komunikasi saya. Saya fikir sebab niat saya elok dan nak cari duit halal, Allah SWT banyak tolong permudahkan. Alhamdulillah, pendapatan saya tak pernah kurang dari RM2000 sebulan. Ini kejayaan kecil saya yang pertama.

10. Selepas hampir setahun, saya ditawarkan bekerja dalam bank pula sebagai management trainee. Saya dah mahir menjual dan berbicara (bahasa inggeris saya ada slang Amerika ) dan saya rasa pekerjaan ini berikan saya peluang yang baik untuk belajar ilmu duit dan macam mana sistem perbankan kita berfungsi bila saya berniaga kelak.

11. Mereka hanya ambil 20 calon daripada hampir 1000 calon yang apply. Bila waktu interview ada 2 jabatan yang memilih. Saya dianggap tak layak untuk masuk ke jabatan perbankan korporat, tetapi Pn Z di consumer banking pilih saya sebab saya ada attitude dan semangat yang positive. Dan masuk hari pertama, saya dapati yang majoriti dari mereka yang dipilih semuanya graduan universiti luar negara, dengan keputusan yang hebat. Sekali lagi, saya bermula dari kosong dalam pekerjaan yang saya langsung tiada pengalaman atau kepakaran, dan kena bertarung dengan 19 calon lain yang lebih berkelayakan dan lebih bijak dari saya untuk dapatkan jawatan tetap selepas satu tahun. Tapi sebab saya dah ada pengalaman dan keyakinan selepas berjaya menjadi penjual kredit kad, saya positif yang saya boleh gunakan EQ saya untuk berjaya dalam bidang ini. Gaji tetap saya dalam posisi ini RM2500 sebulan.

12. Sebagai management trainee, memang standard la kalau kita disuruh buat kerja kuli dan kerja yang tak berapa penting. Ramai rakan-rakan saya yang hari hari waktu makan akan komplen sebab boss mereka bagi kerja yang tak penting. Saya hanya diam dan bersyukur sebab masalah-masalah ini JAUH LEBIH MUDAH berbanding dgn waktu saya jual kredit kad. Waktu jual kad kredit, kalau saya gagal jual, saya tak makan. Di sini, saya tak perlu jual apa-apa pun masih dibayar gaji penuh. Jadi attitud saya memang sgt positif sebab bagi kerja ini sangat mudah. Saya tak pernah komplen, dan saya akan buat apa yang diminta dan saya akan tambahkan sikit lagi (extra 10% effort).

13. Masalah? Memang ada kalau betul saya nak jadikan issue. Di dalam bidang perbankan, orang Melayu dan orang Islam adalah minoriti. Saya pernah ada rakan sekerja yang berkata “Ini bank Cina, orang melayu tak patut kerja di sini.” Tapi saya ada beratus lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang sgt baik. Takkan sebab seorang bangsat saya nak kena salahkan seluruh bangsa dan biarkan orang bangsat ni rosakkan hari saya?

14. Saya juga pernah dapat 1 boss yang sentiasa mahu makan makanan tak halal dalam lunch yang dibuat untuk jabatan. Sebab itu lunch untuk jabatan (department) saya ikut sahaja, dan saya tak perlu makan. Bila ditanya, saya cakap saya dah makan kenyang pagi tadi. Saya tak marah sebab saya seorang sahaja yang tak boleh makan benda tak halal, dan kalau majoriti yang nak makan, saya biarkan. Kita tak perlu makan. Tapi hanya boss ini sahaja yang macam tu, rakan sekerja dan boss lain semunya sgt baik dan selalu join saya makan benda halal yang boleh saya makan. Malah kalau nak diikutkan, 90% mereka akan teman saya makan benda halal sebab diorang tak kisah. Kadang-kadang saya pulak rasa bersalah sebab diorang tak boleh nak makan benda yang mereka nak makan semata-mata untuk temankan saya.

15. Dengan gaji RM3000 sebulan, saya boleh menyimpan lebih RM1300 sebulan sbb saya naik moto dan duduk dengan keluarga. Tak sampai setahun saya bekerja di bank dan saya dapat beli rumah pertama, tanpa pakai duit. Saya belajar ilmu hartanah 2 tahun sebelum beli. Rumah pertama saya beli adalah kondo di Kelana Jaya berharga RM140,000. Rumah landed? Memang tak mampu la tapi saya bersyukur sebab umur 25 tahun dah boleh beli rumah. Zaman ibu-bapa saya, jarang boleh jumpa orang boleh beli rumah sebelum umur 35 tahun. Saya masih naik motor waktu ini.


16. Selepas kerja 3 tahun di bank saya ditawarkan bekerja di syarikat MNC lain sebagai Businesss Development Specialist oleh ex-boss saya yang dulunya bekerja di bank yang sama. Beliau tgk saya boleh buat kerja, so bila ada opening di syarikat baru dan beliau perlukan pekerja yang rajin, beliau cari saya. Beliau orang Cina. Saya sengaja highlight bangsa beliau sebab ramai orang komplen yang orang cina tidak akan bagi peluang pada orang Melayu. Memang ada minoriti kecil yang rasis, tapi bukan semua. Orang melayu pun ada yang macam tu kan?

17. Saya diinterview 4 kali sebab jawatan yang diberikan itu, biasanya untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas. Jawatan iddle manager. Kalau saya dapat, saya akan jadi orang paling muda di seluruh asia pasifik yang memegang jawatan itu. Mereka ambil saya sebab saya cerita kisah saya dari A-Z dan mereka ambil saya sebab mereka suka attitude saya. Saya tiada pengalaman menjaga 50 orang dan buat korporat sales tetapi saya diambil sebab attitude saya betul. Gaji saya mereka naikkan dari RM3300 sebulan ke RM9000. Tak sampai 4 tahun lepas saya berkerja jual kredit kad tanpa gaji tetap. Sekarang dapat RM9000 sebulan. Saya syukur lagi banyak sebab rezeki saya Allah yang bagi.

18. Tahun yang sama, saya melangsungkan perkahwinan. Belanja hampir RM30,000, satu sen pun saya tak hutang. Masih naik motor tapi dah beli 4 bijik hartanah sebelum nikah.

19. Saya kerja di syarikat ini hampir 5 tahun, sampai gaji berbelas ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru beli kereta RM75,000. Second hand je. Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah menggelupur nak beli Honda City dan Vios. Saya berhenti kerja tahun 2013 untuk kejar impian saya, buat bisnes konsulting hartanah pertama kat Malaysia. Saya dah puas bekerja dengan orang, saya nak berniaga sebab itu impian saya. Tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.

20. Seminar yang saya buat memang muhibah, semua bangsa dan agama datang belajar. Saya sengaja buat seminar dalam bahasa inggeris sebab majoriti ilmu pelaburan dan informasi dalam bahasa inggeris. Saya cukup bangga sebab seminar saya 1Malaysia untuk orang yang rajin nak timba ilmu. Orang malas saya memang benci, tak kira bangsa apa.

21. Bila saya buka FAR Capital Sdn Bhd, sekali lagi saya diberitahu yang saya tidak akan ada orang yang sanggup bayar beribu untuk dapatkan nasihatkan pelaburan. Saya kurang bersetuju sebab hanya orang yang tak faham kepentingan masa dan kos kesilapan akan cakap fee saya mahal. Ramai client FAR Capital cakap fee saya murah sebab mereka faham kelebihan yang mereka dapat bila mereka jadi klien saya. Dan bukan susah untuk saya buat balik 5-10 kali ganda keuntungan berbanding dengan apa yang mereka bayar saya.

22. Masa saya sekarang bernilai beratus untuk setiap jam, dan ada yang sanggup bayar beribu sejam untuk dengar pendapat saya. Tapi peningktirafan paling besar saya dapat ialah bila saya diberi kepercayaan untuk membentangkan proposal berkaitan perumahan kepada Perdana Menteri Malaysia (100% tiada kaitan dgn 1MDB). Saya tak dibayar apa-apa bila saya dipanggil untuk kongsikan kepakaran saya, tapi saya cuba sebaik boleh sebab bagi saya ini sangat penting. Ada cadangan yang saya bentangkan saya tengok telah diimplikasikan dalam Budget 2015. Saya bersyukur diberi peluang berbakti balik kepada negara gunakan kepakaran saya dalam bidang. Kalau saya dipanggil balik beratus kali pun saya akan buat secara PERCUMA sebab saya nak berbakti balik kepada negara saya. Saya tak perlu dibayar dan saya pun takkan minta projek sebab ini bukan saluran rezeki yang saya nak.

Dah berjela saya ceritakan pengalaman hidup saya. Kalau saya boleh ringkaskan pengalaman dan pendapat saya:

a. Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitud yang sangat positif dan susah nak putus asa.

b. Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka-masa panjang.

c. Kena fikir international, dan english kena bagus kalau nak berjaya dalam karier atau business. Orang tak peduli kalau anda petah berpidato waktu university kalau nak jawab soalan waktu interview pun tergagap-gagap.

d. Jangan takut nak buat benda baru. Saya bermula sebagai programmer, lepas tu buat sales, jadi manager di bank, buat korporate sales dan sekarang berniaga. If you dont like where you are today, just move. You are not a tree.


e. Jangan harapkan bantuan kerajaan untuk berjaya. Paling penting kita sendiri kena usaha keras. Kena sanggup kerja sampai pagi, kena travel keluar negara bila diperlukan. Orang yang gaji berbelas ribu tak balik kerja tepat 5.30 ptg. Mereka balik lepas kerja dah siap.

f. Ijazah anda atau apa-apa kelulusan anda hanya permulaan. Macam bila anda masuk maraton, anda kena bayar duit untuk masuk. Ijazah anda adalah duit tu. Semua org pun ada ijazah sekarang ni, so ia takkan beri anda apa-apa kelebihan. Macam mana anda habiskan maraton tu yang penting. Maraton karier anda adalah sampai umur anda 55-60 tahun. Kalau anda bermula perlahan, no problem. Gaji saya cuma RM600 bila bermula kerja, dan bila saya berenti berbelas ribu, semuanya tak sampai pun 10 tahun. So kat mana kita mula tak penting, yang penting kita postif dan usaha keras.

g. Semua benda boleh jadi issue kalau anda nak jadikan issue. Boss jahat, rakan sekerja minum depan anda waktu puasa pun anda akan jadikan issue. Orang nak berjaya, kena selesaikan issue besar. Kalau orang minum depan anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalah kecil macam ni pun akan ambil banyak masa anda.

h. Belajar melabur dan ilmu duit. Macammana anda gunakan duit anda akan membentuk masa depan anda. Kalau saya mula pakai kereta Vios tahun 2005, saya takkan dapat capai apa yang saya dapat hari ini.

Agak-agak korang, kalau saya putus asa waktu umur saya 23 tahun dan mengadu dan menangis teresak-esak pada TPM sekalipun, hidup saya akan berubah tak?

- Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

(Video Trailer) Lakonan Dari Tun Mahathir Lengkapkan Filem Kapsul

Posted By: readnext - 19:54



Peminat-peminat Tun M pasti teruja dengan sebuah filem dari syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd apabila filem terbitan mereka, Kapsul, bakal menampilkan bakat Dr. M sebagai seorang pelakon.

Menurut penerbit filem itu, Amru Najmi Osman, penampilan Dr M berkaitan dengan keadaan politik semasa dan lakonan beliau telah melengkapkan lagi filem tersebut.
Memetik laporan dari BeautifulNara, Dr. M berminat untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut kerana jalan ceritanya mengisahkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu. Selain itu, cerita ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadibirannya.

Peminat boleh melihat aksi lakonan Dr. M dalam lima babak termasuklah babak dialog antara beliau dan pelakon utama, Faizal Hussein.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi pengarahnya berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020. 
Filem terbabit dijangka menemui peminat pada 17 September 2015. - Siakapkeli.my
sumber : siakapkeli

Status “No Raya On This Year…Work Until Die” Di Whatsapp Tanda Farid Pergi Selamanya

Posted By: readnext - 20:41



Sungguh meruntun hati ini membaca kisah seorang lelaki yang seolah-olah sudah tahu yang dia akan 'menghadap Maha Pencipta'.

Mana tidaknya sebelum pergi selama-lamanya dia telah memuatnaik status di laman Whatsapp miliknya berbunyi  “No raya on this year…work until die”.

Beliau yang dikenali dengan nama Farid telah ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di saat semua rakannya pulang berhari raya.



Diceritakan oleh seorang blogger terkenal,Dato Ammar Yasir, kejadian ini menimpa bekas rakan rumah bujangnya di mana menurutnya semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Dungun dia mendapat penggilan telefon dari seorang rakan rumah bujangnya, Herman, bertanyakan tentang Farid.



Ini kerana Farid sudah beberapa hari tidak dapat dihubungi sejak malam raya hingga beberapa hari selepas itu(19/7/2015). Kerana kehilangan Farid tersebut keluarganya telah membuat laporan polis.

"Sesampai aku di hentian Gambang aku menerima sms dari Herman yang mengatakan rakan sekerjanya telah pergi ke rumah sewa dan memanggil tetapi tiada sesiapa yang menjawab," cerita Ammar.



Namun sesuatu yang mengejutkan apabila rakan Herman itu apabila telah membuka tingkap bilik Farid yang berada di depan sekali, beliau ternampak sebujur mayat kaku di atas tilam yang sudah mengeluarkan bau.


Lalu rakan Herman tersebut telah pergi ke balai membuat laporan polis dan polis telah bergegas ke lokasi berkenaan.

Mereka telah memecahkan pintu rumah dan kelihatan mayat Farid sudah beberapa hari meninggal dunia. Mayat Farid telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal dunia", itulah kata-kata dari seorang Sarjan Balai Polis Serdang, Selangor yang membuatkan beliau begitu sebak.

Ammar berkata rakannya itu tidak dapat balik beraya pada tahun ini kerana perlu bekerja dan hanya tinggal seorang diri di rumah bujang mereka.



"Masih teringat kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku membelikan panadol saat aku demam panas."

"Dialah sahabatku yang sangat baik. Dia rakan serumah, dia rakan sekelas, dia rakan seasrama, dia rakan sebelajar dan rakan semasa susah dan senang. Semoga rohnya tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman." katanya.


Jadi status Farid “No raya on this year…work until die” di Whatsappnya itu benar-benar menjadi satu kejutan kepada rakan-rakannya. Adakah dia sudah tahu akan dijemput oleh yang Maha Esa.

Hasil laporan bedah siasat menunjukkan Farid meninggal dalam keadaan normal dan jenazah telah dibawa ke rumah bapa saudaranya di Puchong untuk urusan pengebumian.

Apapun bersama kita mendoakan agar roh Farid sentiasa dirahmati dan tergolong dalam golongan orang beriman. - Siakapkeli.my

Larangan "Couple Seat" Bagi Yang Bukan Mahram di Pawagam

Posted By: readnext - 19:29



SERI ISKANDAR: Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) mengambil langkah mempamerkan notis larangan penggunaan kerusi berkembar atau "couple seat" bagi pasangan bukan mahram yang belum berkahwin.

Pawagam yang terletak di Seri Iskandar itu mengeluarkan notis berkenaan atas arahan dari pihak pengurusan pawagam atas nasihat dari Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi dua tahun lalu.

Menurut satu laporan dari Astro AWANI, pawagam tersebut adalah satu-satunya pawagam di kawasan tersebut dan pengunjungnya adalah mereka dari sekitar daerah Perak Tengah.


Memandangkan Seri Iskandar menjadi kawasan tumpuan golongan generasi Y berikutan bandar itu menempatkaninstitusi pengajian tinggi, tidak hairanlah pawagam itu menjadi tempat untuk pelajar-pelajar mendapatkan hiburan.

Pawagam LFS mempunyai 12 kerusi berkembar dan tujuh bilik pawagam.

Rata-rata pasangan yang sudah berkahwin ketika ditemui oleh tinjauan Astro AWANI berkata ia(notis larangan) adalah langkah yang terbaik bagi mengekang gejala sosial dari berleluasa dalam kalangan generasi muda.


Lain pula bagi golongan belia, ramai dari mereka yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

"Bagi golongan belia, ramai yang berkata ianya tidak wajar dan pengunjung wajar diberikan kebebasan dalam menilai tingkah laku dan berfikir secara matang.‎", kata laporan terbabit.

Mengulas perkara terbabit, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahukan operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah.

"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apakah lagi duduk di kerusi bersama itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.

"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kemudahan-kemudahan yang boleh mendatangkan maksiat tidak harus di gunakan atau dipromosikan kepada orang ramai.

"Harus ganti dengan kemudahan lain, cara lain. Pihak berkuasa juga wajib melihat isu itu secara serius dan jadi penggalak maksiat kepada umat Islam terutamanya.

"Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat.

"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing, saya tidak faham kenapa ini semua terjadi," ujarnya. - Siakapkeli.my


sumber : siakapkeli

Hukum Solat Jumaat Jika Hari Raya Idil Fitri Berlaku Pada Hari Jumaat

Posted By: readnext - 02:31



Mukaddimah

Alhamdulillah, pada kali ini saya suka membincangkan isu yang sudah pasti akan dibahaskan dengan meluas oleh para ulama, asatizah dan cendekiawan Islam dengan merujuk kepada nas, dalil dan pendapat ulama silam serta mutaakhirin. Boleh jadi pada tahun ini hari raya jatuh pada hari Jumaat berdasarkan imkan al-ru’yah atau sebaliknya mengikut apa yang akan diumumkan secara rasminya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Justeru, Bayan Linnas pada Siri Ke-32 ini merasa terpanggil untuk menekuni isu Hukum Solat Jumaat Jika Hari Raya Idil Fitri Berlaku Pada Hari Jumaat dan memperhalusinya berdasarkan kaedah yang digunapakai oleh para ulama terdahulu. Yang pentingnya dalam kehidupan kita mencari keredhaan Allah agar landasan perjalanan hidup benar-benar menepati syariah dan agama Islam yang kita anuti ini.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya semoga Allah menerima amalan ibadat puasa dan qiam yang kita lakukan pada bulan Ramadhan sehingga layak kita menjadi golongan yang bertaqwa yang akhirnya menatijahkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Sepertimana yang dimaklumi, solat Jumaat adalah wajib bagi mereka yang mencukupi segala syaratnya.

Dalil disyariatkan dan diwajibkan solat Jumaat berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).[1]

(Surah al-Jumu’ah: 9)



Antara dalil wajib solat daripada hadith pula ialah, daripada Toriq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya: “Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib atas setiap lelaki Muslim.”

 Riwayat Abu Daud (1067)



Hadith seterusnya, daripada Abu Hurairah RA dan Ibn Umar R.Anhuma, mereka berdua mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda berada di atas mimbarnya:

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ

Maksudnya: “Hendaklah sesuatu kaum itu daripada meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutup hati-hati mereka, akibatnya mereka akan menjadi golongan yang lalai.”

Riwayat Muslim (865) dan yang lainnya




Solat hari raya ialah sunat muakkad. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu.



Berdasarkan hadith daripada Abu Sa’id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyariatkan secara berjemaah namun sah dilakukan secara bersendirian. Begitu juga ia disyariatkan berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba kecuali perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.



Solat hari raya tidak wajib berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda kepada seorang yang bertanya tentang solat yang difardhukan:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِى الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ. قَالَ: هَلْ عَلَىَّ غَيْرُهُا؟ قَالَ: لاَ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ

Maksudnya: “Lima solat sehari semalam. Baginda ditanya lagi: Adakah wajib atasku selain daripada itu? Baginda menjawab: Tidak, kecuali engkau ingin mengerjakan solat sunat.”

Riwayat al-Bukhari (46) dan Muslim (11)



Begitu juga hadith:



خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Allah SWT mewajibkan lima solat atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga, manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Allah akan mengazabkannya atau memasukkannya ke dalam syurga menurut kehendak-Nya.”

Riwayat Abu Daud (1420)



Hadith seterusnya, daripada Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyah R.Anha:

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ. وَفِي رِوَايَةٍ قَالَتْ امْرَأَةٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِحْدَانَا لَيْسَ لَهَا جِلْبَابٌ؟ فَقَالَ: لِتُلْبِسْهَا صَاحِبَتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا

Maksudnya: “Kami disuruh keluar pada hari raya dan membawa gadis-gadis keluar dari bilik-bilik pingitan mereka bersama-sama yang haidh, kesemuanya berada di belakang jemaah lelaki. Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama memohon keberkatan dan kesucian hari tersebut. Sementara dalam riwayat yang lain pula, seorang perempuan berkata: Wahai Rasulullah, seorang daripada kami tidak mempunyai baju labuh (jilbab). Baginda menjawab: Rakannya hendaklah meminjamkan kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (928) dan Muslim (890)




Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat. Mereka masing-masing mengemukakan hujah.



Pertama: Solat Jumaat tetap wajib sekalipun telah dilakukan Solat Hari Raya. Ini kerana solat Jumaat asalnya adalah wajib berdasarkan nas di atas. Justeru, sekalipun sudah dilakukan solat Hari Raya, solat Jumaat tetap wajib. Inilah pendapa jumhur ulama termasuk Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan sebahagian daripada Hanabilah. Dalilnya seperti berikut:

Umum ayat yang memerintahkan supaya melaksanakan solat Jumaat dan banyak khabar atau hadith yang menunjukkan kewajipannya. Begitu juga dengan solat Jumaat adalah wajib yang tidak mungkin gugur salah satu dengan yang lain sama seperti Zohor bersama solat Hari Raya. Lihat al-Mughni oleh Ibn Qudamah (2/358).

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa nabi SAW bersabda bermaksud:

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

Maksudnya: “Telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, barangsiapa yang ingin maka ia (solat sunat hari raya) adalah cukup baginya daripada (solat) Jumaat, adapun kami, menghimpunkan (lakukan kedua-duanya).”

Riwayat Abu Daud (1073) dan Ibn Majah



            Wajah dalalahnya adalah bahawa Nabi SAW tetap melakukan solat Jumaat.



Daripada Abu ‘Ubaid maula Ibn Azhar menyatakan bahawa: “Aku menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan, hari itu ialah hari Jumaat, dia pun solat sebelum khutbah, kemudian dia berkhutbah, katanya: Hai manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun bagi kamu dua hari raya, barangsiapa daripada penduduk kawasan tinggi (jauh) yang ingin menunggu Jumaat maka tunggulah, dan barangsiapa yang ingin balik maka aku izinkan.”
Riwayat al-Bukhari



Kedua: Hukumnya sunat Solat Jumaat bagi mereka yang telah melaksanakan Solat Hari Raya. Pendapat ini adalah pendapat mazhab Hanbali.

Antara dalilnya ialah:

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

Maksudnya: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat”

                                                                                Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih



Hadith ini ditafsirkan dengan keharusan meninggalkan Jumaat bagi yang telah melakukan solat Hari Raya terutamanya bagi mereka yang ingin pulang ke pedalaman atau desa. Ini berdasarkan nas Rasulullah SAW yang menyebut (فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ) yang memberi maksud sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat.



Daripada Zaid bin Arqam RA katanya:

صَلَّى النَّبِيُّ - صلى الله عليه وسلم - الْعِيدَ, ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ, فَقَالَ: مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ

Maksudnya: “Nabi SAW telah melakukan solat Hari Raya kemudian memberi keringanan kepada solat Jumaat seraya bersabda: ‘Siapa yang mahu solat maka solatlah.”

                                                                                                        Riwayat Ahmad (18831), Abu Daud (1070), al-Nasaie                                                                                                                                                  (1591), Ibn Majah (1310) dan Ibn Khuzaimah (2/359)                                                                                                                                               dan beliau mensahihkannya.



Hadith ini menunjukkan memadai bagi sesiapa yang solat Hari Raya untuk tidak solat Jumaat tetapi hanya solat Zohor.



Antara alasan kenapa memadai salah satunya kerana kuatnya penyamaan antara dua solat iaitu solat Hari Raya dan solat Jumaat kerana kedua-dua dilakukan dua rakaat dengan bacaan yang jahar atau nyaring. Begitu juga terdapat dua khutbah. Disamping perhimpunan yang besar.



Perkataan rukhsah menunjukkan hadir untuk solat Jumaat adalah sunat semata-mata.

Daripada Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, katanya:


أن معاوية بن أبي سفيان رضي الله عنه سأله: هل شهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم واحد؟ قال: نعم، قال: كيف صنع؟ قال: صلى العيد ثم رخص في الجمعة، فقال: (من شاء أن يصلي فليصل)ل

Maksudnya: “Mu’awiyah bin Abi Sufiyan bertanya Zaid bin Arqam RA: ‘Adakah engkau menyaksikan bersama Nabi SAW dua perayaan yang berhimpun pada satu hari? Jawabnya: Ya. Dia bertanya lagi: Bagaimana Nabi SAW lakukan? Jawabnya: Baginda SAW solat hari raya kemudian memberikan kelonggaran dalam solat Jumaat, sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang mahu solat maka solatlah.”

Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan katanya: Hadith sahih sanadnya dan dia mengikut syarat Muslim serta dipersetujui oleh al-Zahabi. Imam Nawawi dalam al-Majmu’ berkata: “Sanadnya baik.”

Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menyebut: “Ini kerana telah tertahqiq maksud untuk mendengar khutbah Hari Raya justeru memadai daripada mendengarnya buat kali kedua. Ini keran waktunya satu pada pandangan mereka iaitu pada masa yang keenam. Justeru, gugurlah salah satu daripada dengan yang lain seperti solat Jumaat bersama solat Zohor.” Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 2/1420.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma berkata:

اجتمع عيدان على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فصلى بالناس ثم قال: (من شاء أن يأتي الجمعة فليأتها ، ومن شاء أن يتخلف فليتخلف

Maksudnya: “Telah berhimpun dua hari raya (Jumaat dan Hari Raya) pada zaman Rasulullah SAW lantas Nabi sembahyang bersama orang ramai kemudian bersabda: ‘Siapa yang mahu datang berJumaat maka silalah, dan siapa yang mahu pulang maka silalah.”

                                                                                                                                  Riwayat Ibn Majah dan           al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir

Daripada ‘Atha’ Rahimahullah katanya: “Ibn al-Zubair solat hari raya bersama kami pada awal pagi hari Jumaat, kemudian kami pergi menunaikan Jumaat sedangkan dia (Ibn al-Zubair) tidak keluar dengan kami, maka kami pun solat sesama kami. Ketika itu Ibn Abbas R.Anhuma berada di Ta’if, apabila kembali kami menceritakan perkara itu kepadanya, lalu dia berkata: dia menepati sunnah.”
      Riwayat Abu Daud

Daripada Wahab bin Kisan katanya: “Telah berhimpun dua hari raya pada zaman Ibn al-Zubair, dia lewat keluar sehingga hari sudah tinggi, kemudian dia keluar dan berkhutbah, panjang khutbahnya, kemudian dia turun dan solat, dan dia tidak solat bersama orang ramai pada hari Jumaat.”
       Riwayat al-Nasaa’ie




Kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur yang mewajibkan solat Jumaat sekalipun terdapat dalil yang sebaliknya. Ini kerana

Dalil yang menggugurkannya tidak kuat. Seperti hadith Zaid bin Arqam dianggap sebagai dhaif. Ini kerana pada sanadnya terdapat Iyas bin Abi Ramlah yang dianggap sebagai majhul.
Rasulullah SAW sendiri melaksanakannya dengan menyebut (وإنا مجمّعون) dan sedangkan kami tetap melaksanakan solat Jumaat.
Rukhsah diberi kepada golongan yang jauh dan pedalaman. Hal ini perlu difahami realiti dan waqie ketika itu solat Jumaat hanya dilakukan di masjid utama sahaja seperti di Madinah. Justeru, bagi mereka yang jauh jarak perjalanan akan menyukarkan bagi mereka.
Sebaliknya, hampir disetiap kampung dan kawasan mempunyai masjid yang memungkinkan seseorang itu pergi dengan mudah dan senang.
Solat Jumaat adalah salah satu daripada syiar Islam yang apabila ditegakkannya sudah barang tentu menampakkan gahnya Islam itu sendiri.
Berdasarkan kaedah "الخروج من الخلاف مستحب" (keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan). Kaedah seperti ini juga terdapat dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: " والأفضل له حضورها خروجا من الخلاف" (Dan yang lebih afdal baginya adalah menghadiri Jumaat kerana keluar daripada khilaf).


Cadangan dan Saranan

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mencadangkan kepada imam yang bertugas pada hari Jumaat jika berbetulan pada Hari Raya hendaklah memendekkan khutbah Jumaat dan meringkaskannya dengan meraikan segala rukun. Ini kerana, khutbah fungsinya memberi nasihat dan peringatan sedangkan di waktu pagi ketika solat Hari Raya sudah dikhutbahkan dengan panjang lebar. Justeru, meringkaskan khutbah akan menenangkan jiwa para jemaah solat Jumaat sepertimana yang dimaklumi pada Hari Raya masing-masing mempunyai banyak agenda ziarah menziarahi dan menerima tetamu. Ini juga menandakan kefaqihan seseorang imam.



Penutup

Suka dinyatakan di sini jika sekiranya masalah khilaf alangkah lebih baik kita bersifat terbuka dan berlapang dada. Kami tidak menafikan betapa terdapatnya pandangan Imam Syafie yang menyatakan gugur solat Jumaat kepada ahli bawadi dan awali iaitu golongan yang tinggal jauh di pedalaman dariapada kota Madinah sepertimana yang telah difatwakan oleh Saidina Uthaman dan dinyatakannya oleh Imam al-Bukhari. Kami telah huraikan asas tarjih kami berkenaan golongan awali dan bawadi yang berada nun jauh di pedalaman dan menyukarkan mereka untuk kembali semula melaksanakan solat Jumaat.

Tetapi pada saat yang sama hendaklah kita mencari pendapat yang lebih ahwat serta meraikan juga pendapat mazhab setempat seperti mazhab Imam Syafie di Malaysia ini. Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin oleh Syeikh Abd al-Rahman bin Muhammad bin Husain al-Masyhur yang juga dikenali degan Ba'alwi menyebut:

فمذهبنا أنه إذا حضر أهل القرى والبوادي العيد وخرجوا من البلاد قبل الزوال لم تلزمهم الجمعة وأما أهل البلد فتلزمهم

Maksudnya: “Maka mazhab kita, kalau bagi orang perdalaman yang jauh dari masjid Jami' maka mereka dapat keringanan untuk meninggalkan Jumaat, sedangkan bagi yg tinggal di bandar atau dekat dengan masjid Jami' maka solat Jumaat tetap diwajibkan kerana tidak susah baginya untuk melakukan perjalanan ke masjid untuk menunaikan kedua solat tersebut.”

Seperti yang kami jelaskan sebelum ini kerana ‘illahnya kesukaran dan kejauhan untuk berulang-alik buat kali kedua ke masjid tatkala sudah menunaikan solat sunat Hari Raya.Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dalam melaksanakan syariat Islam dan ibadahnya benar-benar menepati kehendak Allah dan Rasul.

Marilah sama-sama kita merayakan Hari Raya Idil Fitri ini dengan penuh kesyukuran dan ketaatan kepada Allah dengan meninggikan segala syiar di samping saling ziarah menziarahi dan bermaafan serta mempertautkan keampuhan ukhuwwah Islamiyyah sebagaimana yang telah ditaklifkan oleh agama kita.



Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

22 Ramadan 1436H Bersamaan 09 Julai 2015



[1] Al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi dalil bahawa Allah fardhukan Jumaat kepada setiap orang Islam dan menolak pendapat yang menyatakan bahawa solat Jumaat hukumnya fardhu kifayah sedangkan Jumhur al-Ummah berpendapat hukumnya adalah fardhu ain.

sumber : muftiwp.gov.my

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.