Bogel di Gunung Kinabalu: Salah Seorang Suspek Sudah Ditahan

Posted By: readnext - 18:46

Share

& Comment




KOTA KINABALU, 8 Mei: Salah seorang dari 10 pelancong yang kini sedang diburu oleh polis kerana berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu baru-baru ini telah ditahan dan bakal dilepaskan pada Isnin ini.


Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman, lelaki Eropah yang berusia 38 tahun itu ditangkap di terminal tambang murah di Tanjung Aru. Menurut laporan dari mStar Online, lelaki berkenaan berhajat meninggalkan negara untuk ke Filipina.

Kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam dan boleh dikenakan denda sehingga RM400.


Sebelum ini, gambar sekumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu menjadi viral di media sosial seterusnya mencetus kemarahan orang ramai terutamnya kaum Kadazan Dusun yang menganggap Gunung Kinabalu sebagai tempat yang suci. - Siakapkeli.my


About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.