Penghargaan Khas Buat 'Unsung Heroes' Gempa Bumi Ranau

Posted By: readnext - 21:15

Share

& Comment


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas keluar dari bangunan berikutan gegaran gempa bumi ketika taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA

RANAU – Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi penghargaan khas kepada malim gunung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkan malim gunung terbabit sebagai ‘unsung heroes’, berkata mereka telah melakukan kerja yang terbaik.

Ini termasuk menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dan membawa turun mangsa yang tercedera kesan daripada gegaran gempa bumi itu, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai bencana tersebut di sini, hari ini.


Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Muhyiddin meminta beliau untuk menyenaraikan malim gunung yang terlibat secara langsung dalam operasi itu.

Beliau berkata kerajaan akan memberi penghargaan terhadap jasa, usaha dan komitmen mereka dalam membantu pasukan penyelamat.

Kerajaan, katanya, bersetuju menyumbang sebanyak RM1,000 kepada setiap malim gunung yang terlibat bagi menunjukkan penghargaan atas keprihatinan mereka.

Sebanyak 250 malim gunung berdaftar di bawah Persatuan Malim Gunung Kinabalu. – BERNAMA


sumber : mynewshub

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.