Polis siasat Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan - KPN

Posted By: readnext - 19:44

Share

& Comment

Polis siasat Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan - KPN

Ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan menasihati Nazri (gambar) supaya tidak bersikap kurang ajar.

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekodkan kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi, lapor Malaysiakini.


Dalam pada itu, 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri susulan kenyataannya terhadap TMJ selain mahu menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada TMJ.

“Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar.” - Datuk Zulkurnain Kamisan


Dalam perkembangan sama, ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan dalam satu kenyataan semalam menasihati Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya tidak bersikap “kurang ajar.”

"Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar.

"Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor," kata Zulkurnain sepertimana dipetik daripada Malaysiakini.



sumber : astroawani

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.