Penjelasan Zizan Razak Mengenai Pernikahan Dengan Gadis Sekampung

Posted By: readnext - 04:45

Share

& Comment




Sebelum ini, berita mengenai Zizan Razak yang bakal berkahwin dengan seorang gadis daripada Terengganu sekitar bulan Jun ini hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini masih tiada sebarang perancangan ataupun persiapan yang dilakukan oleh beliau untuk majlis tersebut.


Menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad, Zizan memberitahu tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana kedua-dua belah pihak keluarga masih lagi berbincang mengenai perkara tersebut. Butir mengenai perbincangan itu juga tidak boleh dikongsikan kepada umum selagi belum ada kata putus.

Zizan juga turut memberitahu majlis pernikahan beliau masih akan diadakan tetapi keluarga mereka masih lagi mencari tarikh serta masa yang sesuai untuk melangsungkannya.

Pasti ramai peminat Zizan diluar sana yang sudah tidak sabar untuk melihat pelawak pujaan mereka bersanding di atas pelamin. Sama-samalah kita doakan semoga segala urusan Zizan dipermudahkan.


sumber : sensasimalaysia

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.