.

.
Powered by Blogger.

Kisah duka P Ramlee yang tidak ramai tahu sebelum pemergian Seniman Agung Malaysia ini..

Posted By: readnext - 19:41
Kisah duka P Ramlee yang tidak ramai tahu sebelum pemergian Seniman Agung Malaysia ini..



Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.

Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.
P. Ramlee : Genius Yang Tragik




Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.
Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.
Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!”

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

“The pain passes; but the beauty remains.”

– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –


sumber : beritamalaysiaterkini2

Tahukah Anda Ada Undang-Undang Paling Gila Yang Pasti Mengejutkan Anda!!

Posted By: readnext - 03:22
Tahukah Anda Ada Undang-Undang Paling Gila Yang Pasti Mengejutkan Anda!!



Sebuah undang-undang unik dan pelik di sebuah kawasan di Norway. Mungkin inilah undang-undang paling gila yang pernah anda dengar, bahawa sesiapa yang meninggal dunia dianggap melanggar undang-undang.

Sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Arctic di Svalbard bernama Longyearbyen, Norway, mempunyai satu undang-undang yang akan dianggap aneh.

Di tempat tersebut, ada undang-undang yang melarang siapa saja meninggal dunia. Bagi yang 'melanggar' dikategorikan melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?


Menurut Wikipedia dan BBC ( 2008 ) , tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafost . Dalam ilmu geologi , permafost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan . Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius .

Tanah - tanah jenis permafost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata - rata -2 darjah Celsius . Tanah permafost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia , Kanada , Alaska dan Greenland .

Kembali ke masalah undang - undang tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen itu , kerajaan yang berkepentingan di kawasan tersebut mempunyai alasan kenapa sesiapa saja dilarang mati dan dikebumikan di sana .

Pekara tersebut kerana mayat yang dikuburkan di Longyearbyen tidak boleh hancur atau reput seperti mayat - mayat yang dikuburkan di kawasan lain pada umumnya .

Sebagai penyelesaiannya , bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit , kemalangan atau lain , mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke pulau utama Norway .

Lihat Juga : (Video) Ibu Hayun Mayat Anak Di Buaian Taman Permainan

5 Orang Mengaku Yang Dirinya Adalah Tuhan, Lihat No 4, Anda Pasti Terkejut!!!

Posted By: readnext - 06:50

Dunia sekarang ini dipenuhi dengan kejadian-kejadian pelik kelakuan manusia... Entah apa tujuan mereka... Ada yang mungkin melakukan kerana suka-suka, ada juga yang mungkin melakukan kerana inginkan perhatian. Berikut antara mereka yg mengaku diri mereka adalah Tuhan...

1- Allan John Miller


Alan memulakan pergerakan ketuhanannya di Australia pada tahun 2011... Dia mengaku dirinya merupakan kelahiran semula Jesus...

2- Apollo Quioboloy



merupakan seorang ketua sebuah gereja di Filipina. Mendakwa dirinya adalah anak tuhan... Terlibat dengan perbuatan menghasut pengikutnya untuk melakukan pembunuhan ke atas keluarga...

3- Wayne Bent



Pada tahun 2000, Wayne mendakwa yang dia merupakan utus dan Tuhan, Nabi Musa. Beberapa orang mendakwa yang dia ini terlibat dengan penderaan seksual ke atas anak perempunnya sendiri yang berumur 14 dan 15 tahun...

4 - Ariffin Mohamad


Dikenali ramai di Malaysia... Mendakwa dirinya merupakan Tuhan Kerajaan Langit... Pernah mendakwa dirinya bukan sahaja kelahiran semula Nabi Muhammad, malah Dewa Shiva, dan Buddha

5- Inri Cristo



Mendakwa dirinya merupakan Jesus... Apa yang peliknya, dia bencikan Christmas. Dan lagi pelik, kebanyakkan pengikutnya merupakan wanita muda...



sumber : merahbiru

(Video) Gadis Dipukul Orang Ramai dan Dibakar Hidup-Hidup

Posted By: readnext - 06:15


Mengejutkan dan sukar dipercayai rakaman video seorang gadis berusia 16 tahun, yang telah membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, telah dilihat diseksa dan dibakar hidup-hidup di jalan Guatemala, laporan Daily Mail.


Menurut laporan, Gadis itu, bersama dua lagi rakannya didakwa menembak dan membunuh Carlos Enrique González Noriega sebelum merompak beliau.

Dua daripada suspek telah mengambil jalan yang berbeza ketika gadis itu - yang namanya tidak dikeluarkan kepada orang ramai - berlari di jalan berhampiran perkampungan Rio Bravo, 77 batu ke barat modal Guatemala City di mana perusuh itu berada.
Apabila dia berlari ke arah perusuh vigilante, mereka dengan serta-merta mula mendera beliau kerana membunuh pemandu teksi. Beratus-ratus orang berkumpul di sekeliling bersorak beberapa lelaki yang tidak dikenali  menumbuk, menendang dan menarik rambut remaja yang tidak berdaya.

Video grafik - yang tidak boleh disiarkan - menunjukkan gadis remaja yang membuat beberapa percubaan untuk bangun, tetapi orang ramai terus menendang beliau jatuh ke bawah. Pada satu ketika dalam video tersebut, seorang wanita dari orang ramai dilihat menarik rambut gadis tersebut dan memijak sehingga hancurkan muka gadis tersebut ke kaki lima.

Dengan mukanya berlumuran darah, lebam dan bengkak, dia akhirnya bangun dan cuba untuk melarikan diri, tetapi ditolak balik oleh orang ramai.


Saat kemudian, petrol dicurahkan atas beliau dan dia dibakar. Dia dilihat jatuh ke tanah, beliau dan menjerit dalam kesakitan selama beberapa saat.

Kematian terakhir dia datang saat kemudian apabila seorang lelaki datang dengan satu tin petrol dan dicurahkannya ke atas mangsa yang terbakar, sehingga api dilihat naik tinggi menyala. Beliau kemudiannya dilihat menjerit-jerit ngeri sebelum dia mati.


sumber : oomedianetwork

Check Resit!! Restoran Charge Makanan Yg Tak Diorder??

Posted By: readnext - 19:50
Check Resit!! Restoran Charge Makanan Yg Tak Diorder

Berikut merupakan perkongsian salah seorang pelanggan yang dikenakan charge untuk makanan yang tidak dipesan..

Assalam..admin..
kat sini sy nak viralkan nak mintak semua pelanggan yang makan mana2 restoran TOLONG AMIK RESIT DAN CHECK SEMULA apa kita makan...
ni terkena pada saya semalam..
makan kat Restoran Syed Bistro,kelana jaya..
dalam resit dicharge makanan yang kita tak order (kira double key in)..
saya makan nasi separuh,sayur taugeh dan ayam goreng, manakala asben nasi,taugeh dan kari kambing dan anak meggi kari , air kosong 3 dan air teh ais -1 & sblm balik saya order teh ais 1 lg...
total rm64..
saya tengok resit...
rupanya ada makanan dicharge tanpa pengetahuan kami..
nasib baik check bil semula..
saya attachkan resit dan yang bertanda bulat tu makanan yg kami tak order..
katanya kesilapan staff yang key in 2 kali..
hampir rm20 ...
bayangkan kalo dah balik rumah baru perasan...
rm20 tu bagi anak makan untuk 2 hari..
so , saya harap slps ni..minta semua kena hati2..
bukan apa, ni membabitkan duit..pada yang mampu mungkin kata tak apa..tp pada yang sederhana..rm20 tu agak berharga...renung2kan lahh..
by Nannazawawi



Lihat Juga : Restoran-Restoran Unik & Pelik di Dunia 



P/s: Pastikan anda check semula resit/bil anda jika rasa jumlah yg dikenakan agak mahal.. Mungkin ada kesilapan yg tidak disengajakan berlaku.. Peace....

Lihat Juga : Orang Kelantan Marah, Akhbar Didakwa Suka Hina Negeri



sumber : fbmerahnetwork

Muflis Dan Dasar Pelik Bank Yg Anda Wajib Tahu

Posted By: readnext - 04:41



WAKTU ini dianggarkan nilai hartanah di negara ini yang hendak dilelong berjumlah RM28 juta. Kebanyakannya milik orang Melayu.

Dalam satu insiden lelong terbaharu melibatkan seorang peminjam di Johor Bahru, nilai aset peminjam berkenaan dilaporkan berjumlah RM27 juta dengan hutang yang ditanggungnya hanya kira-kira RM4 juta.



Peminjam terbabit hanya tertunggak tiga bulan ansuran bulanan, namun yang mengejutkan, pihak bank terus mengambil tindakan drastik. Antaranya, menarik balik kemudahan pinjaman, mengarahkan pihak peguam bank melelong hartanah serta memaklumkan bahawa peminjam telah pun dibankrapkan.

Mendedahkan hal demikian kepada Utusan Malaysia semalam, Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif memberitahu, yang menarik minat pihaknya untuk menangani kes tersebut apabila diberitahu oleh peminjam bahawa pihak bank memaklumkan di dalam ‘Islamic loan’ jika tertunggak bayaran sebanyak tiga bulan sahaja, bank boleh menarik balik fasiliti pinjaman.

Ini sekali gus meneruskan tindakan perundangan bagi melelong hartanah serta membankrapkan peminjam kerana menurut kata bank tersebut, ‘Islamic loan’ tiada apa-apa rayuan yang boleh dibuat. Dan kesemua perkara itu telah pun tertera atau tercatat dalam perjanjian pinjaman dan pihak peminjam telah menandatanganinya tanda bersetuju.

“Malah, pihak bank mencabar, jika tak puas hati dengan tindakan bank, peminjam boleh melantik peguam untuk lawan kes atau buatlah aduan terus ke bank negara.

“Ekoran itu, pihak kami 4PM menyahut cabaran ini bagi pihak peminjam dengan tindakan telah dimulakan. Maklumat semasa hasil siasatan 4PM mendapati terkini pinjaman tersebut tiada langsung tunggakan yang mana ansuran bulanan telah dibayar sehingga bulan ini (Mei tahun ini). Persoalannya, atas dasar apakah tindakan perundangan diambil terhadap peminjam ini?,” kata beliau.


Dalam satu lagi kes, seorang peminjam dari Cameron Highlands melaporkan kepada 4PM, segala usaha telah dilakukan dengan membuat rayuan namun tetap tidak diendahkan oleh bank. Kata bank, jalan penyelesaian hanyalah melalui lelongan awam.

“Ini tidak ada perikemanusiaan. Dalam kes jenayah berat sekali pun, apabila pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai matipun, pesalah masih lagi diberikan peluang merayu di Mahkamah Rayuan dan kemudian ke Mahkamah Persekutuan. Ini tidak dalam kes muflis, hairan?,” kata Rosland.

Rosland mendedahkan, trend terkini amalan pihak bank adalah menutup pintu rundingan, melainkan dengan peminjam membuat bayaran penuh baki hutang pada jumlah yang terlalu tinggi.

Kata beliau: “Akan tetapi apabila pembayaran dibuat, pihak bank menerima atas dasar ‘tanpa prasangka’ (without prejudice). Bayaran diterima tetapi tindakan tetap diteruskan. Ini keterlaluan. Bank sepatutnya lebih prihatin dalam memberi pe­luang kepada pihak peminjam.”

Terkini, kata Rosland, dasar pi­hak bank amat pelik kerana terdapat cara penyelesaian yang boleh disarankan kepada peminjam. Namun malangnya bank langsung tidak fo­kus atau mencadangkan bentuk penyelesaian kepada pihak peminjam.

“Contohnya, Bank Negara menggalakkan pihak bank supaya menggunakan peranan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang boleh dirujuk kepada peminjam, namun ini tidak dilakukan.

“Selain, boleh dicadangkan supaya membuat penjadualan semula ke atas pinjaman bagi mengelakkan perundangan diteruskan, ini juga tidak disarankan,” katanya.

Bagi peminjam yang jatuh sakit, hilang upaya, bencana alam ataupun dibuang kerja, mereka layak diberi kelonggaran dari segi pembayaran yang dipanggil ‘moratorium’ untuk tempoh maksimum setahun. Ini bagi mengelakkan tindakan perundangan diteruskan.

“Selepas tempoh tersebut, barulah wajar untuk mereka memulakan semula pembayaran mengikut kadar kemampuan yang dipersetujui pihak bank,

“Namun hari ini bank tetap de­ngan pendirian asal, teruskan ‘legal action’ ke atas peminjam yang akhirnya rumah akan dilelong, kereta ditarik dan kesudahannya jatuh bankrap,” kata Rosland yang bagaimanapun memuji komitmen beberapa bank seperti CIMB dan Hong Leong Bank yang memberi ruang kepada 4PM berunding untuk membincangkan kes muflis melibatkan peminjamnya.

Dalam hal ini, kata beliau, 4PM yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) boleh dihubungi di talian 03-23867835 atau 019-2531000/019-3971000 dan www.ppppm.weebly.com.

Kata beliau: “Setakat ini, kami telah berjaya menunda dan menarik balik kes-kes lelongan awam. Banyak kes telah kami keluarkan daripada status kebankrapan walaupun prosesnya juga rumit.

“Ahli-ahli perniagaan yang telah dituntut oleh bank-bank untuk membayar balik berjuta-juta ringgit selalunya berasa lega sebab mereka dianugerahkan pengurangan yang berbaloi. Satu contoh melibatkan seorang ahli perniagaan yang dituntut supaya bayar balik RM1.9 juta. Tetapi dengan komitmen kami mewakili beliau dan juga laporan kepada Bank Negara, akhirnya beliau hanya diluluskan bayaran balik RM1.1 juta sebagai penyelesaian akhir.”



sumber : utusan

Misteri Sindrom Tangan Alien Yg Perlu Anda Tahu!!

Posted By: readnext - 20:36



Bayangkan kita sedang duduk dalam keadaan tenang dan tiba-tiba salah satu tangan kita bergerak sendiri dan menampar serta memukul diri kita sendiri.



Malangnya, kita tidak mampu mengawal tangan kita sendiri, seolah-olah tangan itu mempunyai fikiran dan kehendak sendiri.

Mungkin ia kedengaran pelik dan tidak masuk akal, tetapi tahukah anda perkara seperti itu benar-benar berlaku dalam dunia realiti.

Perkara pelik itu adalah salah satu kes perubatan yang sangat jarang berlaku dan dikenali sebagai Sindrom Tangan Alien atau Alien Hand Syndrom (AHS).

AHS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1908 oleh pakar neorologi dan psikiatri Jerman, Kurt Goldstein dan tidak banyak kes sindrom tersebut direkodkan sejak dikesan Kurt.

Walaupun namanya adalah Sindrom Tangan Alien, ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan makhluk asing atau alien. Ia berkaitan dengan gangguan saraf dalam otak penghidap sindrom tersebut.

Seseorang dengan gangguan saraf ini tidak akan dapat mengawal pergerakan salah satu tangannya dan tangan itu seakan-akan mempunyai kemahuan dan fikiran sendiri.


Penghidap sindrom ini juga biasanya akan menganggap tangan tersebut bukan sebahagian daripada anggota tangan mereka.

Sindrom tangan alien merupakan gangguan saraf yang jarang berlaku di mana tangan akan bergerak tanpa disedari oleh pesakit.


Orang yang menderita sindrom ini biasanya tanpa sedar akan menggerakkan tangannya sendiri, seperti menyentuh muka, meraba-raba benda disekitarnya dan membuka butang baju pakaian sendiri. Malah, ada kes pesakit AHS tanpa sedar mencekik lehernya sendiri.

Penyakit ini boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak seperti trauma di kepala, strok, tumor atau jangkitan. Selain itu juga, penyakit itu boleh disebabkan oleh kesan sampingan daripada pembedahan pada bahagian otak.

Terdapat kes di mana seorang penghidap AHS mendapat sindrom ini akibat kesan sampingan daripada pembedahan pada otaknya.



Karen Byrne yang berusia 55 tahun dari New Jersey, Amerika Syarikat menghidap AHS selepas menjalani pembedahan pada otaknya ketika berusia 27 tahun.

Pembedahan yang dijalankan itu adalah untuk memotong sedikit Callosum Corpus (kawasan otak yang menghubungkan kedua bahagian otak) bagi menyembuhkan penyakit epilepsi yang dihidapinya sejak berusia 10 tahun.

Pembedahan itu berjaya dan Karen telah pulih daripada penyakit epilepsi tetapi doktor mendapati terdapat kesan sampingan selepas pembedahan itu apabila secara tiba-tiba tangan kiri Karen membuka butang bajunya tanpa disedari.



Hasil kajian Dr. Fredrick Assal dari University Hospital of Geneva, Switzerland yang menjalankan imbasan otak pada seorang lelaki berumur 70 tahun yang menderita AHS kerana strok menunjukkan terdapat aktiviti di kawasan otak semasa terjadi gerakan tanpa sedar pada tangan.

Ini menunjukkan otak mengawal gerakan tangan secara spontan yang langsung tidak disedari oleh pemilik anggota badan.

Walaupun sindrom ini dianggap sebagai gangguan saraf berbanding ancaman perubatan, pesakit sering mengalami masalah psikologi, malu dan kadang-kadang mengalami keadaan yang membahayakan diri sendiri.

Buat masa ini belum ada ubat atau rawatan khusus untuk merawat sindrom pelik ini. Pesakit biasanya akan mencari cara yang kreatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Adakalanya pesakit dengan AHS akan menggunakan tangan yang tidak terbabit untuk menahan, memaksa atau mengawal pergerakan tangan AHS.

Terdapat pesakit yang duduk di atas tangan dan ada juga yang mengikat tangan mereka untuk menghalang tangan tersebut daripada bergerak sendiri.



sumber : sentiasapanas

Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam Yang Perlu Anda Tahu???!!

Posted By: readnext - 19:23
Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam Yang Perlu Anda Tahu???!!



Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. 

Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
(so takdelah kena potong sampai 4 kerat)….

Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.

Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau sebaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…


Lihat Juga :  Kisah Si Tukang Pancung Kepala Di Arab Saudi
Lihat Juga : MISTERI !!! Rumah Ini Tidak Berpenghuni Sejak 1956, Apabila Pemilik Baru Berpindah, Dia Sangat Terkejut Apabila Mendapati...!!!


sumber : sportmusang

Roller Coaster Tercuram Di Dunia

Posted By: readnext - 08:02
Roller Coaster Tercuram Di Dunia


Fuji-Q Japan Highland Amusement Park telah memecahkan rekod Guinness world record yang ke 14 dengan Takabisha roller-coasternya.Terletak di kaki Gunung Fuji, roller coaster baru ini hampir 3.3 km panjang dengan dengan tujuh tingkat utama dan jalur vertikal sepanjang 141 kaki pada sudut kemiringan 121 darjah, sehingga ini menjadikan drop roller coaster paling curam di dunia.



Takabisha akan meluncur di trek dengan kepantasan 100 km sejam. Para peminat rollercoaster juga akan mengalami detik-detik di mana jantung mereka terasa berhenti ketika coaster laju turun di pegunungan.

Kos pembuatan 3.000.000.000 ¥ , Takabisha mengambil idea ini dari Mumbo Jumbo di Yorkshiree, yang memiliki lintasan vertikal 98 kaki dengan kemiringan 112 darjah.


Namun, untuk kepantasan, rollercoaster tercepat dunia masih dipegang Formula Rossa, yang boleh ditemui di Ferrari World, Abu Dhabi..






sumber : penpatah

(Video) Gadis Ini Bawa Tilam Naik Pentas Konvokesyen!! Jom Baca Kisah di Sebaliknya...

Posted By: readnext - 03:00
Gadis Ini Bawa Tilam Naik Pentas Konvokesyen!! Jom Baca Kisah di Sebaliknya...


BOGOTA 20 Mei - Seorang graduan perempuan Universiti Columbia, bertindak luar biasa apabila membawa tilam ke pentas konvokesyennya semalam, sebagai tanda protes terhadap serangan seksual didakwa dilakukan seorang penuntut se­niornya.


Tindakan Emma Sulkowicz membawa tilam dengan bantuan rakan-rakannya ke pentas tersebut, mendapat sorakan gemuruh para hadirin dan turut dirakam dalam video yang disiarkan di laman web buletin universiti, Columbia Daily Spectator.

Menurut akhbar Daily Mail, Sulkowicz mula membawa tilam itu ke mana-mana lokasi di kampus sejak September tahun lalu, sebagai membantah serangan seksual dilakukan pelajar senior universiti sama, Paul Nungesser.


Nungesser didakwa menca­bulnya dan dua lagi pelajar perempuan lain, namun tiada sebarang tindakan diambil selepas siasatan oleh universiti mendapati, pelajar lelaki itu tidak bersalah.

Sulkowicz berikrar untuk membawa tilam bersamanya di mana-mana dia berada selagi lelaki itu masih berada di kampus yang sama.

Malah, gadis tersebut turut me­laksanakan protes menerusi projek tesisnya yang bertajuk Mattress Performance atau Carry That Weight.

Lebih menarik, tindakan Sulkowicz membawa tilam ke pentas konvokesyen turut ‘direstui’ pengurusan universiti yang memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian.

Bulan lalu, Nungesser memfailkan tuntutan terhadap Presiden Lembaga Pemegang Amanah Universiti Columbia, Lee C. Bollinger dan Profesor Jon Kessler kerana meluluskan projek tilam yang dilakukan Sulkowicz kerana berpendapat tindakan itu menfitnahnya secara terbuka.



sumber : utusan, kinitv

Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu & Jejaka Korea

Posted By: readnext - 04:58
Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu & Jejaka Korea


Kalau dah jodoh, dengan usaha dan doa, insyaAllah hubungan akan diikat dengan tali pernikahan walaupun berbeza agama, budaya dan kaum.



Kisah seorang gadis melayu bernama Fadhilah atau lebih mesra disapa Fadhi menjadi viral apabila gadis ini bernikah dan berkahwin dengan jejaka Korea yang kacak.
Kisah ini dikongsi oleh portal OhBulan melalui infomasi dari blog Fadhi sendiri iaitu iamfadhi.blogspot.com.

Jom baca:







sumber : ohkisahnya

Keajaiban Bayi Baru Lahir Yang Anda Tidak Tahu??!!

Posted By: readnext - 20:54


Kelahiran seorang bayi pasti akan menceriakan dan membahagiakan sesebuah keluarga diatas zuriat yang dikurniakan ilahi. Namun, apa yang menarik tentang kewujudan seseorang bayi ini? 

Berikut beberapa fakta menarik untuk anda:

Fakta Menarik Keajaiban Bayi Yang Baru Lahir

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya

(Video) Jom Lihat Teknik Potong Tali Tanpa Benda Tajam - Boleh Praktik Time Emergency

Posted By: readnext - 19:08

Bayangkan kita perlu potong tali tetapi tiada pisau atau gunting. Pasti kita jadi buntu memikirkannya, sedangkan tali itu perlu dipotong. Video di bawah ini mendedahkan satu teknik memotong tali tanpa benda tajam. Ia menggunakan kuasa geseran bagi memutuskan tali. Teknik ini amat berguna ketika dalam situasi kecemasan. Untuk lebih tepat, jom tonton video ini:




Dinasihatkan agar dilakukan latihan untuk teknik ini bagi mengesahkan teknik ini benar-benar berkesan.




Kenapa Doktor Bedah Pakai Baju Color Hijau?? Jom Baca Sebabnye..

Posted By: readnext - 07:56

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa???

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan..

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.


Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.


Perkembangan Kes Dera Lambung Bayi Dari PDRM

Posted By: readnext - 05:12


Ipoh - Berikutan satu video seorang kanak-kanak didera yang menjadi viral di media sosial sebelum ini, PDRM tampil membuat kenyataan mengenai perkembangan terkini mengenai kes tesebut.

Menurut kenyataan dari laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), suspek di dalam video itu adalah ibu kepada bayi berkenaan dan kes ini sudah dilaporkan pada 19 April lepas. Selain itu, kenyataan itu juga ada menyebut, suspek ada membuat rakaman lain selain rakaman yang sudah viral sebelumnya.

Bayi yang terlibat di dalam kes ini kini dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital. Selain itu, hak penjagaan bayi berkenaan juga diberikan kepada neneknya.

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh pihak polis berkenaan kes ini. 





sumber : siakapkeli.my



Gaji RM14,000 Namun Tiada Yang Sanggup Lakukannya!!

Posted By: readit - 03:28


WALAUPUN ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.

Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.

"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk



Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.