Jenazah Robbi Selamat Dikebumikan

Posted By: readnext - 19:08

Share

& Comment




RANAU: Jenazah Robbi Sapinggi, 30, maling gunung yang menjadi hero dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kiau Nulu hari ini.

Mendiang selamat disemadikan kira-kira jam 3 petang dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga dan sahabat.


Menurut abang Robbi, Billy Sapinggi, 32, pemergian Robbi memberi kesan yang mendalam kepada keluarganya.

"Kami sangat terkejut dengan pemergian mendiang. Kami tidak menyangka kejadian gempa bumi itu mengorbankannya.

"Kami sekeluarga tetap menerima takdir yang menimpa mendiang dan kami berharap mendiang dapat bersemadi dengan tenang di sana," katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian di perkuburan Kristian itu.

Namun Billy juga berkata kejadian ini tidak mematahkan semangatnya untuk berkhidmat sebagai malim di Gunung Kinabalu.

"Selepas ini saya akan terus berkhidmat sebagai malim di Gunung Kinabalu," katanya memetik laporan dari mStar Online. 

sumber : siakapkeli.my


About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.