BOMBA : Anggota Seret Mayat Pendaki Gunung Kinabalu Fitnah Semata-mata

Posted By: readnext - 18:47

Share

& Comment

BOMBA : Anggota Seret Mayat Pendaki Gunung Kinabalu Fitnah Semata-mata

Misi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam mencari dan menyelamat mayat pendaki di Gunung Kinabalu sedikit tercemar selepas tersebarnya gambar mereka yang kononnya menyeret mayat di laman-laman sosial.



Sudahlah mereka bersabung nyawa sendiri demi menjalankan tanggungjawab, namun masih ada juga pihak yang mempertikai kerja-kerja mereka.

Sehubungan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi laman Facebooknya membuat penafian kononnya ada anggota mereka menyeret mangsa pendaki dan menegaskan ia tidak pernah berlaku.

“Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus-lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami.
“Tidak berlaku apa yang digambarkan itu, sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama,” katanya.

Gambar tersebut menjadi viral apabila aksi salah seorang anggota penyelamat itu dirakam yang kononnya sedang menyeret mangsa salah seorang pendaki untuk dimasukkan ke dalam helikopter. - Siakapkeli.my


About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.