(Video) Pelajar Tahun Satu UiTM PP Dibuli Pukul 3 Pagi Dalam 'Minggu Destini Siswa' Sehingga Histeria?

Posted By: readnext - 20:55

Share

& Comment




Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menjadi viral memaparkan pelajar yang baru mendaftar semester satu Universiti Teknologi MARA(UITM) Pulau Pinang di buli pada pukul 3 pagi sehingga ada yang mengalami histeria.

Video tersebut adalah satu bukti aduan yang digunakan oleh seorang penuntut yang diserahkan kepada Timbalan Canselor Uitm Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Penuntut berkenaan telah memuatnaik video tersebut ke laman sosial milik Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di mana dia memberitahu berlaku kes buli dalam Minggu Destini Siswa (MDS) yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan.



Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dalam  maklum balas terhadap video berkenaan berkata aduan tersebut sudah berada dalam perhatian beliau dan pihak universiti.
Kerana video yang dimuatnaik berkenaan ramai penuntut dan bekas penuntut universiti berkenaan telah tampil menyokong tindakan yang dilakukan pelajar berkenaan.

Seorang lagi pelajar semester satu yang terlibat dalam kes buli berkenaan tampil membuat aduan kepada timbalan Canselor berkenaan.

berikut adalah aduan penuntut berkenaan berserta gambar bukti;


"Assalamualaikum tuan. terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada pihak tuan jika apa yg saya perkatakan ini akan menimbulkan kesulitan terhadap pihak tuan.

saya merupakan pelajar sem1 UiTMP.Pinang yg baru mendaftar pada 02Jun 2015 lalu. seperti biasa setiap Uitm akan mengadakan Minggu Destini Siswa (mds) utk pelajar pelajar baru bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran uitm. tetapi saya berasa sungguh terkilan apabila mds yg diadakan seakan membuli mental dan fizikal SISWI di Uitmpp.

 Hal ini demikian kerana, pada 05 jun (hari terakhir MDS) kami dipaksa tidur di parking lot dalam keadaan tar yg basah (selepas hujan) sehingga jam 3pagi oleh senior yg menguruskan Mds.

keadaan menjadi bertambah tertekan apabila hampir berpuluh pelajar siswi di serang histeria.Adakah mereka diberi kebenaran oleh pihak atasan utk meneruskan program Mds sehingga pagi? adakah senior bebas melakukan apa sahaja terhadap siswi during Mds? Dan mengapa hanya SISWI sahaja yang diperlaku sedemikian? hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana program Mds ini diadakan bertujuan utk memberi kebaikan kepada pelajar pelajar baru tetapi sebaliknya program ini telah menimbulkan kekecewaan terhadap pelajar baru dan juga pihak ibubapa.

As a human being. dimana letaknya tolak ansur dan belas kasihan seorang senior bila mana mereka gembira dalam menyeksa siswi lain. saya meminta maaf jika luahan hati saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya berharap tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap senior yg bertanggungjawab menguruskan program MDS. Terima kasih Ayahanda"

Rata-rata penuntut dan bekas penuntut universiti berkenaan menyokong apa yang di lakukan oleh penuntut yang memuatniak video dan aduan berkenaan.

Mereka juga berkongsi pengalaman mereka pernah dibuli oleh MPP di dalam MDS di mana ada yang mengatakan budaya ini telah bermula sejak tahun 2004 lagi.





Apapun perkara ini haruslah diambil tindakan segera oleh pihak universiti jika ia benar-benar berlaku di pusat pengajian mereka.
Harap pihak universiti dapat tampil memperjelaskan perkara ini, adakah ini prosuder yang sememangnya diluluskan oleh pihak universiti untuk pelajar semester satu diperlakukan demikin ada ia dilakukan oleh MPP tanpa pengetahuan universiti.

Bagi SK perkara ini tidak perlu dilakukan kerana pelajar yang mendaftar masuk belajar semuanya sudah besar dan pandai-pandai, berhentilah budaya buli yang sepatutnya institusi yang bertaraf universiti menjadi contoh kepada orang lain. - Siakapkeli.my

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.