Gempa Sabah: 52 Gempa Bumi Susulan Berlaku Setakat Ini

Posted By: readnext - 21:29

Share

& Comment




SETAKAT jam 12 tengah hari 7 Jun 2015 dilaporkan sebanyak 52 gempa bumi susulan telah berlaku dengan kekuatan lemah antara 1.6 hingga 4.5 pada Skala Ritcher yang dikhuatiri boleh menyebabkan bahaya tanah runtuh di sekitar Gunung Kinabalu.

Sehubungan itu, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia, Datuk Dr. Ewon Ebin yang juga merangkap Ahli Parlimen Ranau dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini, menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Jumaat lalu, berlaku gempa bumi dengan gegaran 5.9 pada Skala Richter di Gunung Kinabalu yang sehingga kini dilaporkan telah meragut 19 nyawa.

Sementara itu, menurut Ewon lagi, berkaitan perubahan warna air yang terdapat di kolam air panas berdekatan kawasan gempa, perkara itu merupakan satu fenomena biasa selepas berlaku gempa bumi.

Ini adalah disebabkan berlakunya percampuran tanah dan lumpur sehingga menyebabkan warna air berubah.

Untuk makluman anda, gunung tertinggi di Asia Tenggara itu sudah terbentuk sejak tujuh atau lapan juta tahun dahulu.

Menurut sejarah, pada asalnya ia merupakan gunung berapi tetapi telah mati dan kini tiada sebarang petunjuk mengatakan ianya kembali aktif dan kali terakhir berlaku letupan gunung berapi ialah pada puluhan ribu tahun dahulu iaitu di Tawau dan Semporna.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan gempa di Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menubuhkan War Room bertempat di Pejabat Meteorologi Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai tempat rujukan orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status gempa bumi yang berlaku serta gempa-gempa susulan dengan menghubungi talian 088-413690 atau 088-413691.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan melayari laman sesawang MetMalaysia menerusi www.met.gov.my, laman Twitter dan Facebook, www.twitter.com/malaysiamet, www.facebook.com/malaysiamet atau menghubungi talian MetMalaysia Hotline 1 300 22 1MET (1638). – MYNEWSHUB.CC



About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.