Betulkah Dakwaan Kononnya Minuman Tenaga "Red Bull" Mengandungi Kandungan 'Taurine' Haram?

Posted By: readnext - 21:35

Share

& Comment




Sejak dua tiga hari ini tersebar di laman sosial terutamanya Facebook yang mendakwa minuman tenaga terkenal berjenama Red Bull mengandungi bahan terlarang dan haram untuk diminum.

Mereka mendakwa di dalam minuman Red Bull terdapat kandungan 'Taurine' yang dihasilkan daripada binatang seperti babi, lembu, kucing dan beberapa jenis binatang lagi.


Jika asid yang digunakan dari haiwan yang halal dimakan pun mereka mempersoalkan cara sembelihannya adalah mengikut syariat Islam.

Selain itu juga, sebelum ini seperti SK jumpa ada juga mendakwa di dalam air minuman "Red Bull" terdapat sperma lembu jantan dan perkara ini bukan sahaja tersebar di Malaysia, malah beberapa negara di dunia.



Posting ini telah disebarkan oleh seorang lelaki yang berasal dari Pakistan menggunakan nama Obaid Ullah Shafiq, dia mengatakan Taurine biasanya diambil dari tubuh haiwan dan jika anda tahu anda tidak akan menyentuh Red Bull.

"Sila lakukan ujian sendiri mengenai minuman Red Bull untuk anda mengetahui sendiri minuman ini halal atau haram," katanya.

Berikutan posting ini ramai netizens dilihat melahirkan rasa bimbang kerana perkara ini. Seperti kita tahu minuman Red Bull adalah minuman tenaga antara yang popular di Malaysia.


SK cuba mencari jawapan dari pihak Red Bull mengenai khabar angin ini di laman web milik mereka dan menjumpai jawapanya.

Menurut laman rasmi Red Bull, ramai orang menuduh Red Bull menggunakan asid Taurine dari bahagian halus lembu jantan, tetapi hakikatnya adalah taurine yang digunakan dibuat secara sentetik yang berkualiti tinggi jadi pelanggan tidak harus ragu-ragu tentnag status halal minuman ini.



Mereka juga menerangkan, Taurine adalah asid amino, yang berlaku secara semula jadi dalam tubuh manusia dan hadir dalam diet harian. Ia terlibat dalam pelbagai proses biologi.

Taurine boleh didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam otot, otak, jantung dan darah. Seseorang yang seberat 70 kg mempunyai kira-kira 70 g taurinw di dalam badan mereka. Dengan kata lain, seseorang yang beratnya  70 kg secara semula jadi sudah mempunyai di dalam badannya 70 kali jumlah taurine terkandung dalam satu tin Red Bull Energy Drink.

Taurine juga terdapat dalam bahan makanan yang berbeza seperti kerang, ikan, ayam dan susu formula bayi.

Selain itu, di negara kita minuman tenaga ini telah mendapat persijilan halal dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang perkara ini. - Siakapkeli.my


P/s: Jika anda rasa ragu-ragu, tiada masalah untuk elakkan dari meminum minuman Red Bull ini.. Bila dah yakin status halalnya, terpulang samada ingin teruskan atau tidak.. Pilihan di tangan anda  ;)

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.