KEDENGARAN agak lucu tapi kalau perkara ini berlaku pada diri kita tentu perasaannya sama seperti dirasai DJ radio Red FM, JayDee Lok.
Dalam kisah dikongsikan di Facebook peribadinya, JayDee ditahan pihak polis dalam satu sekatan jalan raya pada 2 Julai lalu kerana didakwa menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu sedangkan apa yang dipegangnya ketika itu adalah kotak minuman Milo yang belum sempat disedutnya selepas dicucuk straw.
Apa yang membuatkan JayDee ‘panas hati’ adalah penjelasannya tidak mahu diterima oleh pihak polis yang berkeras dia sengaja menukar telefon bimbitnya dengan kotak Milo selepas perasan terdapat sekatan jalanraya.
“Saya dari awal dah nampak ada pegawai polis sembunyi belakang tiang lampu jadi saya tahu mesti ada sekatan jalan raya, tapi tak sangka akan ditahan.
“Pihak polis berkeras cakap saya gunakan telefon bimbit jadi saya beritahu mereka telefon bimbit saya ada dalam beg. Saya pegang air kotak Milo,” cerita JayDee.
Perbualan yang dikongsikan seterusnya memang kelakar tapi ‘panas’.. kita yang membacanya mungkin akan ketawa tetapi sewaktu kejadian kami pasti JayDee sikit pun tak rasa best. Di bawah kami ringkaskan perbualan yang berlaku:
JayDee: Sumpah, I tak pegang handphone tadi. Ni Milo tau. I baru nak minum, tengah pegang straw.
Polis: Jangan sumpah-sumpah semua. You sumpah banyak sangat, sebab tu you kat sini.
JayDee: Eh ni memang fitnah lah. I tak pegang handphone langsung. Fitnah!!! Where is your proof? Do you want me to call a lawyer? You ingat I tak tau undang-undang perjalanan???
Polis 2: You nak proof?! Kita call skarang member kita kat sana tu! Dia nampak! Dia boleh konfirm!
Polis 3: Ya. Pakai handphone. Tangan kiri.
JayDee: Iye laaaaaa I tengah pegang Milo dalam tangan kiri! Tanya dia – handphone warna apa?? Hijau??? Handphone I bukan hijau. Ni tidak adil!!! I nak panggil lawyer. Korang tak boleh saman I sebab pegang Milo..
Polis: Okey. Pergilah. Kalau you ingat you memang jujur, you drive je la. Nanti you kena accident atau mati, haaa itu sebab you ingat you jujur sangat.
Kredit Foto: Facebook JayDee Lok |
Sebenarnya salah faham boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Tak dinafikan ada ramai penipu di luar sana dan para pegawai trafik tentu sudah masak dengan taktik sesetengah pengguna jalan raya tapi untuk menegakkan undang-undang bukti kukuh tetap diperlukan.
Tanpa bukti cukuplah mengingatkan pengguna tentang undang-undang jalan raya sebelum lepaskan mereka pergi tanpa keluarkan ayat-ayat sarkastik yang tak profesional, betul tak?
Sampai nak menyumpah orang mati accident.. alamak, come on ini bukan kes gaduh budak-budak kot.. kahkah. – MYNEWSHUB.CC
Share
& Comment
Tweet