Menurut sumber, pasangan warga emas ini bukanlah datang daripada keluarga yang senang namun kehidupan mereka memang bergantung antara satu sama lain, sebagai suami isteri yang saling membantu.
Namun semuanya berubah apabila isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai He, meninggalkan dia selamanya.
Isterinya rebah ketika melintas jalan selepas selesai membeli ubat di sebuah farmasi dipercayai terkena serangan jantung mengejut.
He yang sampai di tempat kejadian bagaikan tidak dapat menerima kenyataan dengan perkara tersebut, menghampiri dan memangku isterinya yang sudah tiada di dalam keadaan cuaca yang sejuk dan bersalji – selama 2 jam.
Apa yang lebih menyedihkan, He telah membuka butang jaketnya dan memeluk isterinya seakan-akan tidak mahu isterinya itu kesejukan.
Orang ramai yang berada di situ turut bersimpati dan ada yang memberikan alas kaki kepada He agar dia tidak kesejukan.
Ketika diminta oleh orang ramai dan juga polis untuk melepaskan isterinya yang sudah tiada itu, He menjawab dengan jawapan yang sangat meruntun hati.
“SAYA TIDAK MAHU BANGUN LAGI. SAYA NAK PEGANG DIA SELAMA MANA YANG BOLEH UNTUK KALI TERAKHIR, SELEPAS INI SAYA SUDAH TIDAK ADA PELUANG DAN JUGA KESEMPATAN UNTUK MEMEGANGNYA LAGI”
Berikutan dengan jawapannya itu, membuatkan segelintir orang ramai yang ada di tempat kejadian menitiskan air mata. Ada yang menyifatkan situasi tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk ditemui lebih-lebih lagi di zaman yang serba moden ini.
Akhirnya, He menghubungi anak lelakinya dan nekad mahu membawa isterinya untuk dikebumikan di kampung mereka yang terletak di Fushun. Setelah anaknya betul-betul sampai, barulah He berganjak dan membebel seorang diri.
Kami pun tidak sangka kisah sebegini masih wujud. Ini ialah kisah mengenai kasih sayang yang bukan berpaksikan dasar wang kerana kadang-kala, ada perkara yang tidak mampu dibeli oleh kekayaan dan kemewahan.
sumber: NetEase
Share
& Comment
Tweet