Foto hiasan |
Kesan yang diakibatkan daripada tong gas meletup adalah amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Asasnya, keselamatan adalah perkara utama yang harus diambilkira. Berikut disenaraikan beberapa tips berkaitan keselamatan pengunaan tong gas memasak agar kita boleh jadikan langkah pencegahan seterusnya memastikan keselamatan kita dan keluarga di rumah terjamin.
a. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
b. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
c. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
d. Jauhkan kedudukan langsir dari dapur memasak.
e. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
f. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
g. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
h. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
a. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
b. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
c. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
d. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan kepala gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika terbit buih-buih sabun pada tempat tersebut.
Periksa kepala gas, saluran gas dan klip secara berjadual dan cepat-cepat gantikan jika ianya sudah rosak. Adalah dicadangkan anda menggantikan saluran gas dan klip setiap dua tahun, dan kepala gas setiap lima tahun.
a. Matikan kepala gas dan juga api dapur memasak.
b. Buka semua tingkap dan pintu.
c. Jangan on/off apa-apa peralatan elektrik atau suis.
d. Tunggu hingga tiada bau gas sebelum mula menggunakan dapur memasak semula.
Share
& Comment
Tweet