Foto hiasan |
WALAUPUN kisah ini sudah lama berlalu, namun hanya baru-baru ini ianya menjadi viral di laman-laman sosial bilamana seorang juruterbang syarikat penerbangan milik Itali Alitalia mencetuskan kekecohan di kalangan penumpang dan anak kapal pesawat yang dipandunya gara-gara mengucapkan ‘Selamat Datang Ke Palestin’ ketika mendarat di Tel Aviv, Israel.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu di Israel, mereka masih belum bertemu lagi dengan juruterbang berkenaan namun tidak akan berdiam diri sekiranya beliau masih melakukan perkara tersebut.
Tindakan tersebut juga mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan digantung tugas daripada menerbangkan pesawat ke Israel selepas ini.
Namun satu perkara yang pasti, kebanyakan penganut Islam di seluruh dunia menyanjungi tindakan yang diambil juruterbang tersebut kerana tidak mengiktiraf penduduk Israel di tanah Palestin.
Seperti yang kita tahu, rejim Zionis telah merampas sebahagian besar tanah Palestin sehingga membentuk negara haram mereka sendiri di situ.
Perbuatan mereka mendapat sokongan penuh daripada negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang sentiasa memberikan bantuan kepada rejim Zionis bagi mencetuskan peperangan ke atas rakyat Palestin yang teraniaya dan dicabuli hak mereka.
Ternyata, kapten itu sendiri tidak mengiktiraf negara yang dipimpin Benjamin Netanyahu yang sememangnya menjadi musuh ketat umat Islam seluruh dunia.
sumber : mynewshub
Share
& Comment
Tweet