Wall Street Journal (WSJ) telah memuat naik beberapa dokumen yang didakwa menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana US$700 juta boleh masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.
Menurut WSJ, kesemua dokumen itu bersumberkan dari seorang "penyiasat kerajaan Malaysia".
Bagaimanapun, beberapa butiran seperti nombor akaun bank telah pun dihitamkan di dokumen berkenaan.
Dokumen-dokumen tersebut boleh dilihat di sini.
Dokumen-dokumen tersebut turut melampirkan satu dokumen yang membentangkan bagaimana duit itu dipindahkan ke sebuah akaun bank AmIslamic Bank Bhd yang didakwa milik Najib.
Selain itu, beberapa borang permohonan kiriman wang dari Affin Bank kepada satu akaun Bank Ambank turut disiarkan bersama bagi mengukuhkan dakwaan itu.
[DIKEMASKINI]
Dokumen-dokumen terbabit dibahagikan kepada empat bahagian iaitu perpindahan wang pada tahun pada Mac 2013 oleh Tanore Finance, perpindahan wang pada Disember 2014 dari SRC International, perpindahan wang pada Februari 2015 juga dari SRC International dan juga surat kuasa peguam keatas beberapa akaun Ambank.
Dokumen-dokumen Mac 2013 memaparkan dua transaksi luar negara yang berjumlah US$619,999,988 dan US$60,999,988 dari Tanore Finance Corp melalui Falcon Private Bank, dipindahkan pada 21 Mac dan 25 Mac.
Selain itu, dakwaan itu juga disokong oleh dokumen perpindahan kredit MT103 yang dihasilkan oleh komputer.
Dua lagi dakwaan transaksi adalah pada Disember 2014 dan Januari 2015 pula dikatakan transaksi dalam negara yang di sokong oleh dua borang permohonan kiriman wang bertulis tangan dari Affin Bank.
Pada Disember 2014, didakwa sebanyak RM40juta telah dipindahkan dari SRC International ke Gandingan Menteri seterusnya dipindahkan kepada Ihsan Perdana pada hari yang sama. Kemudian, sebanyak RM32 juta dari jumlah tersebut telah disalurkan kepada satu akaun Ambank dua hari kemudian.
Transaksi pada Februari 2015 pula didakwa berlaku dengan cara yang sama tetapi berjumlah RM10 juta.
Untuk melihat kesemua dokumen, sila ke pautan ini - Siakapkeli.my
sumber : sk
Share
& Comment
Tweet