Kereta ‘kalis api neraka ini’ adalah sarkastik kepada produk-produk yand dijual menggunakan nama Islam. |
LAMBAKAN produk ‘Islamik’ di pasaran pada masa kini adalah satu fenomena yang menarik kerana ia menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi di kalangan umat Islam.
Dari air mineral, kismis, air zam-zam, minuman jus buah-buahan sehinggalah ke pakaian terselit ‘keistimewaan’ produk-produk ini yang dilabel dengan bacaan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagian sahaja.
Produk ini biasanya dijual dengan harga tinggi dan lebih mahal daripada biasa malah harganya tidak menentu dan boleh meningkat sekiranya bacaan adalah daripada ‘imam-imam terkenal’.
Sebagai seorang Islam, apakah yang anda boleh katakan dengan perkara-perkara ini?
Sejujurnya kami rasakan ia tidak lari daripada menjual Agama Islam itu sendiri.
ayat modus operandi perniagaan yang sering dijumpai |
Tiada niat untuk sabotaj perniagaan orang Islam tetapi kami tidak rela orang Islam terus diperbodohkan dan memperbodohkan orang Islam lain dengan menggunakan jenama Islam.
Kami juga tidak mahu melihat Islam disalah anggap sebagai agama jampi-jampian.
Cukuplah dengan pelbagai cerita hantu dan khurafat melalui TV dan filem kita.
Kereta ‘kalis api neraka ini’ adalah sarkastik kepada produk-produk yand dijual menggunakan nama Islam. |
Menegakkan Islam adalah matlamat dalam semua urusan kita dan bukannya menjadikan Islam sebagai alat untuk matlamat kita. – MYNEWSHUB.CC
sumber : mynewshub
Share
& Comment
Tweet