(Video) Gadis Ini Bawa Tilam Naik Pentas Konvokesyen!! Jom Baca Kisah di Sebaliknya...

Posted By: readnext - 03:00

Share

& Comment

Gadis Ini Bawa Tilam Naik Pentas Konvokesyen!! Jom Baca Kisah di Sebaliknya...


BOGOTA 20 Mei - Seorang graduan perempuan Universiti Columbia, bertindak luar biasa apabila membawa tilam ke pentas konvokesyennya semalam, sebagai tanda protes terhadap serangan seksual didakwa dilakukan seorang penuntut se­niornya.


Tindakan Emma Sulkowicz membawa tilam dengan bantuan rakan-rakannya ke pentas tersebut, mendapat sorakan gemuruh para hadirin dan turut dirakam dalam video yang disiarkan di laman web buletin universiti, Columbia Daily Spectator.

Menurut akhbar Daily Mail, Sulkowicz mula membawa tilam itu ke mana-mana lokasi di kampus sejak September tahun lalu, sebagai membantah serangan seksual dilakukan pelajar senior universiti sama, Paul Nungesser.


Nungesser didakwa menca­bulnya dan dua lagi pelajar perempuan lain, namun tiada sebarang tindakan diambil selepas siasatan oleh universiti mendapati, pelajar lelaki itu tidak bersalah.

Sulkowicz berikrar untuk membawa tilam bersamanya di mana-mana dia berada selagi lelaki itu masih berada di kampus yang sama.

Malah, gadis tersebut turut me­laksanakan protes menerusi projek tesisnya yang bertajuk Mattress Performance atau Carry That Weight.

Lebih menarik, tindakan Sulkowicz membawa tilam ke pentas konvokesyen turut ‘direstui’ pengurusan universiti yang memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian.

Bulan lalu, Nungesser memfailkan tuntutan terhadap Presiden Lembaga Pemegang Amanah Universiti Columbia, Lee C. Bollinger dan Profesor Jon Kessler kerana meluluskan projek tilam yang dilakukan Sulkowicz kerana berpendapat tindakan itu menfitnahnya secara terbuka.



sumber : utusan, kinitv

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.