>Akibat menerima pelbagai cemuhan dan kritikan, BFM telah bertindak menarik semula video mengenai hudud tersebut dari Youtube Channel dan website rasmi mereka www.bfm.my.
>Tinjauan sebentar tadi mendapati, video tersebut telah ditetapkan sebagai 'Private' dan tidak lagi boleh diakses.
Baca : (Video Dan Gambar) BALASAN Aisyah Tajuddin Yg Bangga PERLI Kelantan dan HUDUD!!! JOM SAKSIKAN!!!
>Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak BFM, mereka menjelaskan sentiasa mengiktiraf segala komen dan kebimbangan yang diajukan tentang video yang disiarkan oleh BFM di laman Youtube semalam, 19 Mac 2015.
>BFM menyatakan bermatlamat sebagai komentar satira yg menyentuh persoalan samaada pelaksanaan hudud seharusnya menjadi keutamaan oleh pihak kerajaan dan perundangan di negeri Kelantan, terutamanya bila masalah ekonomi dan pembinaan semula pasca banjir masih dialami rakyat Kelantan.
Baca: (GAMBAR) Biker Dan Pekerja Petronas Bermaafan
>Menurut kenyataan media tersebut lagi, BFM tidak menyangka video tersebut mengundang salah faham orang ramai yang menganggap mereka mempersoalkan kesahihan hudud itu sendiri. BFM menyatakan itu bukanlah niat sebenar disebalik video tersebut sebaliknya mereka ingin mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya.
Klik gambar utk paparan lebih jelas |
>Berikutan kejadian tersebut, BFM telah menarik balik video tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun pihak mereka agak kesal dengan serangan peribadi yang ditujukan kepada pengacara video tersebut, Aisyah Tajuddin yang menerima ugutan bunuh dan rogol.
>Aishah tampil di dalam video sebagai pengacara di mana menurut BFM, ianya bukanlah menyatakan pendirian peribadi pengacara tersebut tetapi mengikut skrip yang diberi. Aisyah juga bukanlah pengacara tetap bagi slot rancangan tersebut.
p/s: Tahu pun takut. Lain kali berhati-hati nak buat video pun. Bukan semua orang suka apa saja yang dibuat
Share
& Comment
Tweet