LUAHAN HATI PEGAWAI KASTAM YANG TERLIBAT DALAM VIDEO GST YANG TERSEBAR

Posted By: readit - 20:36

Share

& Comment



#Minggu yang lalu, tersebar sebuah video mempromosikan GST, Cukai Barangan & Perkhidmatan yang bakal dilaksanakan 1 April ini. 

#Video yang tersebar itu mendapat kritikan yang teruk di media sosial berikutan dengan kualiti video, tarian dan cara mempromosi GST yang dikatakan agak ketinggalan zaman sehingga ada yang berkata, "Nampak sangat kualiti RTM,"

#Laporan awal media tempatan mendakwa video itu diterbitkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mempromosikan GST. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh seorang pegawai Kastam yang terlibat dalam video berkenaan.
#Berikut adalah kenyataan dari pegawai Kastam terbabit,

"Assalam Saiful Nang (SN), di sini saya ingin menyentuh post pasal makan panadol atau dengar Pegawai Kastam nyanyi lagi GST. 

"Saya adalah pengikut tegar SN dan sentiasa menyokong apa bentuk penulisan yang dipost. 

"Untuk pengetahuan SN, saya sangat sedih dan kecewa apabila isu seperti ini diperkatakan kerana saya terlibat dalam video tersebut. 

"Video ini diambil (dirakam) 3 tahun lepas untuk program perhimpunan bulanan jabatan dan ianya tidak seharusnya dipertontonkan kepada orang awam kerana ini dibuat untuk dalaman sahaja.

"Memang sangat terkejut apabila perkara ini diviralkan tanpa mengetahui motif disebaliknya. 

"Saya berharap agar SN fikirkanlah disebalik apa yang dipost mendatangkan kesedihan kepada kami yang juga merupakan rakyat marhaen dan terkesan dengan GST ini.

"Saya berharap penjelasan saya ini habis sampai di sini sahaja dan saya akan sentiasa menyokong sebarang bentuk penulisan SN,"

Demikianlah penjelasan dari pegawai Kastam yang terlibat dalam video berkenaan. 

Jelas sekali ada pihak yang sengaja melakukan sabotaj terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan akan perlaksanaan GST tidak lama lagi. 

Tidak mustahil penyebaran video ini dilakukan oleh kakitangan awam di jabatan itu sendiri. Golongan yang tidak bertanggungjawab seperti ini jelas sekali telah melanggar etika penjawat awam serta mengingkar akujanji yang telah diikrarkan semasa awal perkhidmatan.
- Sumber : E-artis

About readit

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.