Samsung Galaxy S6: Cukup Dengan Sentuhan Jari

Posted By: readit - 00:53

Share

& Comment



Elegan, kukuh dan berkuasa. Itulah ung­kapan yang dapat digambarkan ketika menyaksikan sendiri pengumuman dibuat oleh syarikat elektronik gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics iaitu Galaxy S6 dan S6 Edge.

Majlis eksklusif oleh Samsung itu dibuat di hadapan lebih dua ribu pengunjung di Samsung Unpacked 2015 di Centre de Convencions Internacional de Barcelona (CIBB).



Walaupun kedua-dua telefon itu adalah legasi daripada peranti sebelum ini, namun ia adalah reka bentuk yang baru dan segar daripada Samsung.

Bermula dengan kejutan S6 yang menggunakan bahan aloi tahan lasak dan calar bagi rangka dalaman serta sisi, diikuti dengan S6 Edge yang mempunyai ciri lengkung di kedua bahagian sisi paparan peranti terbabit.

Menurut Timbalan Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang berkata, kedua-dua peranti itu dikuasai cip pemproses Exynos lapan teras (Octa Core) 2.1 GHz dan 1.5 GHz dengan keupayaan mengecas pantas dan dilengkapi teknologi pengecas tanpa wayar iaitu Qi Wireless Charging.

“Kami menamakan Project Zero sebagai langkah baru dalam membina peranti ini. Apa yang kami lakukan adalah mengembalikan semula apa yang pengguna mahu.

“Tumpuan telah diberikan kepada inovasi tulen dan kami sangat berpuas hati dengan hasilnya,” katanya kepada IT@Metro di sini, kelmarin.

Bahagian depan serta belakang kedua-dua peranti itu dihiasi dengan kaca tahan lasak jenis Gorilla Glass 4 dengan kadar pengukuhan lebih baik berbanding peranti terdahulu.

Fungsi cermin lengkung rekaan khas di sisi S6 Edge ini bukan untuk kosmetik semata-mata.

Selain pemberitahuan e-mel, Facebook dan beberapa aplikasi yang menampung ciri itu, ia juga dapat memberitahu jika ada panggilan dengan kelipan cahaya di sisi serta warnanya boleh dipilih pengguna sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Samsung menambahbaik ciri kamera dilengkapi pengesan fokus, apertur f1.9 buat penggemar kesan bokeh, serta beberapa ciri baru mod yang tersedia di dalamnya.

Ciri penstabilan optik turut dimuatkan ke dalam kedua-dua peranti terbabit dengan 16 megapiksel kamera belakang dan 5 megapiksel kamera depan.

Rangkaian digunakan ahli baru Galaxy ini adalah LTE Cat 6, dengan kelajuan pindah turun 300mbps dan pindah naik selaju 50mbps.

Memori dikuasakan dengan 3GB LPDDR4 disertai dengan tiga variasi storan dalaman iaitu 32, 64 dan 128GB Penstoran Flash Universal (UFS 2.0).

Kedua-dua telefon ini dilengkapi dengan sensor Accelerometer, Light, Gyroscope, Barometer serta Pengesan Cap Jari yang ditambah baik berbanding peranti sebelum ini. Hanya dengan sentuhan, tidak perlu membuat sapuan jari lagi.

Dengan hanya 138 gram bagi S6 dan 132 gram bagi S6 Edge, kedua-dua peranti kemegahan Samsung ini sangat selesa dalam genggaman.

Kapasiti bateri kedua-dua peranti ini adalah 2,550mAh bagi S6 dan 2,600mAh bagi S6 Edge.
Harga rasmi bagi kedua-dua peranti ini bakal diumum mengikut negara dengan anggaran bermula RM2,500 dan tiba di Malaysia pada akhir April ini.

Tidak seperti peranti sebelumnya, S6 dan S6 Edge ini tidak boleh dibuka bahagian belakang peranti untuk menukar bateri serta menambah storan dalaman, namun setiap yang baru pasti ada kelebihan yang perlu dikorbankan dan pe­ngorbanan ini sangat berbaloi.

- Sumber: Harian Metro

About readit

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.