Hampir TerLepas!!! Bayi hidap penyakit hati KRONIK hampir terlepas Flight

Posted By: readit - 16:58

Share

& Comment

Muhd Aril hampir terlepas penerbangan ke China

JAMILULESHAN Mohd Taridi , 28 dan isterinya, Nur Amirah Syazwani, 22 mendukung anak mereka, Muhd Aril Zafran Jamiluleshan, 10 bulan yang menghidap penyakit Biliary Atresia berlepas ke Shanghai China hari ini untuk menjalani pembedahan pemindahan hati. - Foto Abd. Rahim Rahmat

PUTRAJAYA: Muhd Aril Zafran, bayi lapan bulan yang menghidap penyakit hati kronik 'Biliary Atresia' berlepas ke China, pagi semalam, bagi menjalani pemindahan hati di Shanghai.

Bagaimanapun, Muhd Aril yang dibawa ibu dan bapanya, nyaris terlepas penerbangan itu kerana ini kali pertama mereka menaiki pesawat dan tidak tahu prosedurnya.

Baca : Terbaek!!! (VIDEO) Sekumpulan ‘Bikers’ Halang Lalu Lintas Selamatkan Anjing

Bapa bayi itu, Jamilulehsan Mohd Taridi, 28, dan ibu, Nur Amirah Syazwani Pandi, 22, tidak tahu mereka perlu mendaftar masuk dua jam sebelum penerbangan berlepas jam 9.30 pagi.

"Kami tak pernah naik kapal terbang, tak tahu perlu daftar masuk awal. Namun, kami bersyukur kerana ada pihak sempat memaklumkan sebelum terlambat. Alhamdulillah, walaupun dalam masa yang suntuk, urusan kami dipermudahkan.

NUR Amirah Syazwani, 22, memangku anaknya, Muhd Aril Zafran Jamiluleshan , 8 bulan, berlepas ke Shanghai, China dari KLIA pagi semalam untuk menjalani pembedahan pemindahan hati. - Foto Abd. Rahim Rahmat

Baca : Superb!!! 4 Pilot Cun Kendali Jet Pejuang Di Langkawi!!!

"Mungkin sudah tersurat rezeki kami untuk pergi juga mendapatkan rawatan di China. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu," kata Jamilulehsan ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Shanghai.

BH sebelum ini melaporkan doktor mengesahkan keadaan Aril yang menghidap penyakit itu sejak usia dua bulan, kini kritikal dan jalan terakhir bagi menyelamatkannya adalah melalui pemindahan hati.

NUR Amirah Syazwani Pandi, 22 (kanan) melipat pakaian anaknya Muhd Aril Zafran, 8 bulan, yang menghidap penyakit hati yang kronik 'Billiary Atresia' yang dipangku suaminya Jamilulehsan Mohd Taridi, 28 (kiri) membuat persiapan ke Shanghai China untuk menjalani pembedahan anaknya, bertempat di Taman Desa Pelancongan, Ipoh. - Foto Farhan Najib
Jamilulehsan disahkan sesuai untuk menderma hati kepada anaknya selepas menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum ini. Tiga beranak itu dijangka berada di Shanghai selama tiga bulan.

Penderitaan Aril mengundang simpati pelbagai pihak yang menyalurkan sumbangan sehingga berjaya mengumpul dana bagi membolehkannya menjalani pemindahan hati di China dengan kos RM130,000.



- Sumber : BHOnline

About readit

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.