Sudah Tidak Mustahil LAGI!!!.. Sandisk Perkenal Kad Micro-SD 200GB
BELUM pun kad micro-SD 128GB menjadi standard, Sandisk telah mengeluarkan kad micro dengan kapasiti lebih besar.
Bersempena acara MWC 2015, kad microSD terbaru keluaran Sandisk ini telah mencipta rekod apabila kapasiti yang ditawarkan sebesar 200 GB, di mana pada satu masa dahulu teknologi ini dianggap mustahil untuk direalisasikan.
Menawarkan dua kali ganda kapasiti sedia ada, kad mikro-SD dengan storan 200GB ini turut punyai sokongan masa pemindahan fail sehingga 90Mbps, selain kalis air, cuaca dan magnet.
Bagaimanapun, harga jualannya iaitu USD 400 (RM1460) boleh dikatakan terlalu tinggi bagi pengguna biasa.
Justeru, anda mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum ia menjadi standard dan harganya akan jatuh sedikit, kalaupun tak banyak..
- Sumber : Mynewshub.cc
Share
& Comment
Tweet