.

.
Powered by Blogger.

Mak Aihhh.... Kayanya! Kim Kardashian Sewa Disneyland Untuk Adakan Majlis Hari Jadi Anaknya

Posted By: readnext - 16:33
Mak Aihhh.... Kayanya! Kim Kardashian Sewa Disneyland Untuk Adakan Majlis Hari Jadi Anaknya



Hanya kerana mahu membuat satu majlis hari jadi yang begitu meriah dan menarik untuk anaknya, North West, Kim Kardashian telah menyewa Disneyland California..

Kim yang sedang mengandungkan anak keduanya telah berbuat demikian demi merealisasikan impian anaknya untuk menjadi seorang puteri.



Lihat Juga : (Video) Persembahan Majlis Graduasi Yg Awesome!!



Kim Kardashian telah menganjurkan majlis hari jagi anaknya itu di Disneyland dengan tema ‘Magic Kingdom Shindig’.

Kerana majlis tersebut merupakan majlis tertutup yang dihadiri saudara mara dan kawan-kawan, operasi Disneyland tersebut pada hari berkenaan tidak beroperasi.

Kalau dah ada duitkan, apapun boleh terjadi di zaman sekarang. Mungkin dia cuba mengembirakan anak kesayangannya itu dengan membuat yang terbaik untuknya

Lihat Juga : Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia Yang Ramai X TAU!!!

Sumber : SK

Lelaki Ini Simpan Duit Syiling RM399,375 Untuk Beli Kereta Baru!

Posted By: readnext - 16:12
Lelaki Ini Simpan Duit Syiling RM399,375 Untuk Beli Kereta Baru!

Seorang lelaki dari China membuat kejutan dengan membeli sebuah kereta baru dengan sejumlah duit syiling yang bernilai RM 399,375 yang juga bermaksud empat tan duit syiling.




Lelaki terbabit datang ke kedai menjual kereta tersebut bersama sebuah lori untuk membawa kesemua 680,000 syiling yang mana 660,000 darinya bernilai 1 yuan (RM0.60).




Kedai menjual kereta tersebut kemudian mengarahkan 10 pekerjanya untuk mengambil duit tersebut dari lori yang mengambil masa selama 1 jam, tidak termasuk mengira semua kesemua duit syiling itu.



Lihat Juga : Dari Luar Nampak BURUK!! Tapi Bila Tengok Kat Dalam PERGHHH!

sumber : siakapkeli

Ketahui 5 Hak Anda Jika Ditahan Polis

Posted By: readnext - 20:51

Hidup ini sesuatu perkara yang tidak dijangkakan. Walaupun anda cuba mengelak supaya tiada ‘kecelakaan’ yang berlaku kepada anda dengan berkelakuan baik, tidak bersosial tapi mungkin anda juga boleh dikhianati dan difitnah sehingga boleh menyebabkan anda ditahan polis. 

Walaupun anda sudah menonton video yang sangat menarik dan sangat mudah dibawah ini iaitu Hak Anda dan Kuasa Polis, tetapi suka penulis menyediakan sebuah nota untuk pembaca-pembaca Viralkini yang disayangi. Manalah tahu, kalau ada yang tidak cukup data untuk menonton video dibawah atau internet terlalu perlahan.


Melalui ringkasan dari video diatas, lima perkara yang anda perlu tahu sewaktu ditahan polis adalah seperti dibawah.

#1 Perhatikan Pakaian Polis Terbabit



Sebelum anda menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu kepada polis terbabit, sila perhatikan perkara berikut :

i- Jika berpakaian seragam



Perhatikan nama dan nombor ID yang terdapat pada polis terbabit. Termasuk dengan nombor kenderaan.



ii- Jika TIDAK memakai pakaian seragam

Anda BERHAK meminta kad kuasa polis terbabit dan sila perhatikan nama, nombor badan dan warna kad kuasa terbabit :

a) Merah : Ini bermakna polis tersebut digantung tugas (anda boleh terus berlalu dengan tanpa rasa serba salah dan tak perlu tabik)



b) Biru     : Ini bermakna polis tersebut berpangkat Inspektor dan keatas



c) Kuning: Ini bermakna polis tersebut berpangkat bawah dari Inspektor



d) Putih   : Polis simpanan


#2 Pertanyaan yang boleh dilayan



Anda hanya BERHAK menjawab soalan seperti :

i- Nama

ii- Nombor Kad Pengenalan

iii- Alamat yang tertera pada kad pengenalan sahaja

Selebihnya anda tak perlu menjawab soalan-soalan yang tidak berkenaan seperti status perkahwinan, nombor telefon dan apa-apa sahaja yang tidak berkenaan dengan tiga perkara diatas.

#3 Berhak untuk bertanya, “Adakah saya ditahan?”



i- Jika TIDAK

Anda boleh beredar

ii- Jika Ya 

Anda BERHAK untuk tahu…

a) Mengapa anda ditahan?

b) Anda akan dibawa ke mana? (Lokasi atau Nama Balai anda akan ditahan)

c) DIAM dan tak perlu berkata apa-apa lagi
#4 Sewaktu ditahan anda berhak :

i- Membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memaklumkan bahawa anda ditahan



ii- Mendapatkan khidmat peguam



iii- Ditahan TIDAK MELEBIHI 24 jam



Hak anda dijaga dibawah Seksyen 28, Kanun Prosedur Jenayah.

#5 Bila di SOAL SIASAT 



i- Berhak untuk MENDIAMKAN DIRI

ii- Hanya menjawab soalan-soalan seperti di nombor #2 SAHAJA

iii- Jika mereka memaksa anda menjawab soalan selain di nombor #2 katakan sahaja, “Saya akan menjawab segala pertanyaan di mahkamah nanti”.

Nota ini disediakan bukanlah untuk bersifat prejudis dengan mana-mana pihak, tetapi ini adalah salah satu kebebasan dan hak asasi manusia. Penulis percaya, ramai yang tidak tahu bahawa kita BERHAK untuk mendiamkan diri sewaktu disoal siasat seperti perkara di nombor #5 diatas dan kita juga tidak boleh ditahan melebih 24 jam tanpa kebenaran mahkamah.
sumber : viralkini

Tanda Salib di Dalam Keychain Kolej Matrikulasi Perlis?

Posted By: readnext - 05:52



HEBOH di laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam keychain milik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menimbulkan kekecohan orang ramai khususnya umat Islam.

Menerusi laman sosial, seorang pelajar di kolej tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar mendakwa terdapat lambang salib pada tapak Keychain yang diberikan oleh pihak KMP khusus untuk pelajar yang mendaftar pada sesi kemasukan 2015/ 2016.

Tambahnya lagi, dia menyedari lambang salib berkenaan susulan keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya.




Perkara tersebut menjadi trending di laman makro Twitter dan di Facebok apabila netizen menyebarkan maklumat berkaitan gambar keychain bersalib itu.




Bagi mendapatkan jawapan terhadap isu yang boleh mencentuskan provokasi agama ini, pihak KMP telah tampil dengan memberi penjelasan berkenaan isu lambang salib tersebut.

Menurut KMP, syarikat pembekal telah memaklumkan bahawa silang yang seakan lambang salib itu sebenarnya adalah berfungsi sebagai tapak untuk digamkan logo KMP.


Pihak KMP mahupun pihak pembekal tiada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Bagaimanapun, semua keychain telah dipungut semula dan pembekal akan mengantikan dengan yang baru kepada pelajar.

Dilaporkan unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil langkah proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semula keychain yang dibekalkan.

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan berkaitan isu tersebut.


sumber : mynewshub

Menarik! Cara Mengesan Pemandu Langgar Lari…

Posted By: readnext - 06:14

Gambar Hiasan


SALAH satu perkara yang menyakitkan hati pengguna kenderaan adalah terlibat dengan kes langgar lari.

Biasanya pihak yang melarikan diri selepas melanggar kenderaan orang ini, terdiri daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dan mahu lepas tangan daripada membayar ganti rugi kepada pemilik kenderaan yang dilanggar.

Bagaimanapun, ada penyelesaian bagi hal ini sebagaimana dikongsikan pengguna Facebook bernama Shak Hasan yang bekerja sebagai penganalisa data di Syarikat Datago.

Malah pengalamannya ini dikongsikan hasil pengalaman peribadinya sendiri.

Mengikut cara yang dikongsikan oleh Shak ini, dia berjaya mengesan pemilik kenderaan yang melanggar lari kereta isterinya dalam masa kurang dari 5 jam.


Untuk mengetahui bagaimana caranya, bacalah perkongsian di bawah..

Gambar Hiasan


Isteri saya mengalami trauma yang teruk. Ia jelas kedengaran dalam vibrasi suaranya saat dia bercerita melalui telefon tentang langgar lari yang baru sahaja berlaku ke atas dirinya.

Untuk ibu yang sepenuhnya memberi susu badan kepada bayi, ini adalah tidak bagus sama sekali. Dalam nada yang tersekat-sekat, maklumat yang tercerap hanyalah nombor pendaftaran kenderaan, jenis kereta dan imej ingatan yang berpecah-pecah terhadap rupa fizikal si pesalah.

Perkara pertama yang saya lakukan adalah log masuk ke MYEG. Sistem MYEG, azalinya, membenarkan orang awam yang mendaftar sebagai pengguna memeriksa rekod urusan yang berkaitan dengan kenderaan mereka. Saman JPJ atau PDRM misalnya.

Di halaman ‘Summons Service’ PDRM, saya memilih ‘drop down menu’ Vehicle No. dan kombinasinya harus bersama ‘radio button’ Non Malaysia. Masukkan susunan teks ‘captcha’ dan tekan butang ‘Check Summons’. Tiada rekod. Kesimpulannya tiada apa-apa yang MYEG dapat sediakan untuk saya buat masa ini dalam mengesan pesalah terbabit.

Sekiranya kenderaan terbabit mempunyai rekod kesalahan jalan raya, keputusan carian akan memaparkan perincian kesalahan bersama maklumat pemilik kenderaan (nama penuh dan nombor kad pengenalan). Berdasarkan ayat sebelum ini, sedarlah kita bahawasanya nama penuh pemilik dan nombor kad pengenalan boleh diakses di MYEG berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Kombinasi tiga data ini adalah cantuman padu yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan.

Saya aktifkan tab yang lain pada pelayar Chrome dan menaip URL ini di kotak alamat web: https://www.mycarinfo.com.my/ISearch. Web ini membenarkan pengguna memeriksa insurans kenderaan yang diambil oleh pemilik. Yang menariknya, ia mengembalikan juga nombor polisi dalam keputusan carian. Apakah data yang perlu dimasukkan untuk melakukan carian di MyCarInfo? Nombor pendaftaran kenderaan.


Sebaik sahaja saya mendapat nombor polisi insurans kenderaan yang melanggar kereta isteri saya. Saya aktifkan satu tab lagi pada pelayan web dan log masuk ke akaun yahoo yang saya telah daftarkan khusus untuk tujuan ini. Saya klik pada butang ‘Compose’ dan taip emel berikut :

Hi,
Could you please send cover note (softcopy) for my car policy to me?
This is important and please help as I need it for some urgent matters.

Vehicle Reg. No : XCX XX8X
Policy number : XX2XX3XXXX
Policy period : 23 Jul 2014 – 22 Jul 2015

Thanks in advance.
Regards.

Apakah makna emel di atas? Penyamaran. Saya menulis emel seolah-olah saya adalah tuan punya kenderaan. Apakah sentimen dalam praktis ini?

Keyakinan terbina dalam minda pihak insurans apabila saya menyediakan kombinasi nombor pendaftaran kenderaan dan polisi. Percaya atau tidak – 4 daripada 5 pihak insurans di Malaysia tidak mempunyai prosedur validasi pengecaman pelanggan sebelum melepaskan data.

Sebelum habis waktu pejabat, salah seorang daripada pegawai yang bertugas telah membalas emel saya berserta lampiran ‘Cover Note’ yang mengandungi data pemilik kenderaan – nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, nombor casis kenderaan, jumlah yang diinsurankan dan pelbagai lagi yang anda boleh bayangkan yang harus tertera di atas helaian maklumat insurans kenderaan anda.

Yang saya karangkan di sini adalah 3% daripada kaedah menggali data di bawah cabang Social Engineering. Tiada SQL/XML/XSS/Header Injection, waima sebaris kod pun yang terlibat. Tiada brute force. Tiada server yang dilanggar masuk tanpa autoriti. Tiada kenalan yang bekerja di PDRM/JPJ. Tiada. Nil.

Manusia adalah entiti lemah yang terdedah kepada manipulasi psikologi dalam sesebuah seni bina sistem bersekuriti, walaupun, yang paling kebal. Kaedah konvensional seperti ini mempunyai kelangsungan hidup tahap tinggi yang merentas kepintaran algoritma. Barangkali manusia, adalah bug yang paling sukar untuk diurus selesaikan.

Sebagai meraikan betapa rapuhnya data pengguna di Malaysia, saya menghubungi brader yang melanggar kereta isteri saya di Bangsar tempoh hari dan mengajaknya pekena kopi di kedai mamak :)


sumber : mynewshub

Kisah Di Sebalik Gambar Perempuan Ini Memegang Arwah Anaknya

Posted By: readnext - 04:46



Nota Editor: Kisah ini mula mengambil perhatian orang ramai apabila sekeping gambar ibu muda memegang arwah anaknya menjadi viral. Gambar itu diiringi doa dan kata-kata tabah, dan ini mendorong orang ramai bertanya untuk mengetahui cerita di sebaliknya. Ibu muda ini, Puan Ruqayyah Farhani telah menulis sebuah titipan untuk menceritakan kisah di sebalik gambar beliau memegang arwah anaknya, Maryam Farihah.




Semalam kami telah berpeluang bercakap dengan ibu muda ini. Betapa jelas kebergantungan beliau kepada Allah, dan betapa ia telah membuahkan sebuah ketabahan yang besar. Dibekalkan dengan kata-kata semangat suami yang menunggu hari untuk pulang, ibu yang masih berpantang 18 hari ini kuat berulang-alik untuk memberi kekuatan buat kembar arwah Maryam Farihah, Marsya Farihah. Besar kelegaan apabila kami mendengar berita Marsya Farihah semakin stabil di NICU. Didoakan semoga Puan Ruqayyah Farhani dan suami terus tabah dan Marsya Farihah terus diberikan kekuatan dan kesihatan, dan Maryam Farihah, anak syurga, bahagia di Sana. Semoga Allah memperkenankan doa kita semua.

Anda boleh ikuti Facebook dan Instagram Puan Ruqayyah Farhani dengan menekan link di atas.

Perkongsian, dari aku yang lemah.

[sebab ramai sangat yang tanya kisahnya]



Di Mesir.

Selepas mendapat tahu akan ‘surprise’ kembar yang Allah berikan, aku dan suami begitu gembira, bahagia di atas hadiah ini. Aku tahu, terlalu ramai mereka di luar sana yang menginginkan anak kembar. Dan aku dipilih Allah untuk membawa 2 janin di dalam 1 rahim. Tika itu, sangat merasakan betapa sayangnya Allah pada hamba dia dengan memberikan banyak nikmat, sedangkan dosa kita terlalu banyak dan merasakan tidak layak untuk menerima anugerah tersebut. Aku dan suami kembali bermuhasabah diatas apa yang Allah berikan. Sujud syukur dan air mata mengiringi, tanda syukur pada yang Esa.

Dipendekkan cerita, atas beberapa sebab keadaan dunia perubatan di Mesir, kami mengambil keputusan untuk aku pulang ke Malaysia dalam memberikan yang terbaik buat bayi yang dikandung. Walaupun mengetahui berjauhan itu sangat perit bagi mereka yang telah berkahwin. Namun, apa lagi yang lebih berharga selain dua anak di dalam perut ini. Maka kami teruskan. Sikap ‘percaya’ antara satu sama lain kami terapkan sepanjang berjauhan. Siapa yang tidak sedih, melalui fasa perjalanan mengandung dalam keadaan suami jauh. Namun, dicekalkan hati dan sentiasa mengumpul semangat sedikit demi sedikit supaya sentiasa ceria sepanjang melalui hari demi hari. Mengandung anak kembar bagiku, sangat tabah dan perlu kuat untuk menghadapinya. Ibu-ibu yang mengandung kembar, pasti tahu.

Maka hari demi hari diteruskan seperti biasa, bergilir bulan disisi keluarga mertua dan keluarga sendiri, menanti kepulangan suamiku yang sepatutnya pulang pada minggu ke 33 kehamilan. Ketika kandunganku berusia 29 minggu, takdir Allah menentukan untuk aku bersalin pada waktu ini. Aku sudah mula merasakan sakit-sakit hendak bersalin. Waktu ini, aku berdoa agar anak yang di dalam kandungan masih dapat bertahan untuk tidak keluar sehingga ‘due’ yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya sehingga kepulangan suami yang berbaki 4 minggu. Namun, aku harus bersedia bila-bila masa sahaja untuk bersalin, dan harus kuat semangat untuk melahirkan anak sulung dalam keadaan suami tiada di sisi.

Alhamdulillah aku selamat melahirkan dua puteri kembar usai azan subuh berkumandang pada 11 Mei 2015. Semua terlalu pantas. Suami tidak sempat untuk pulang kerana masih ada tugas. Kami namakan Maryam Farihah untuk si kakak dan Marsya Farihah untuk si adik.

Selepas bersalin, kedua bayi terus dimasukkan ke dalam NICU untuk dipantau rapi di atas sebab kelahiran yang sedikit awal. Sepanjang Maryam dan Marsya di hospital, aku berulang alik ke hospital untuk melihat bayi seorang diri dalam keadaan masih berpantang. Sangat respect akan ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak-anak premie. Dalam keadaan diri sendiri sakit-sakit, tetapi tetap melihat anaknya. Begitulah kasih seorang ibu pada anaknya.

Sehinggalah ditakdirkan pada hari yang ke 14, (Ahad, 24 Mei 2015), anak pertamaku Maryam Farihah perlahan-lahan pergi meninggalkan aku. Kata doktor, ada infection dalam darah dan menyebabkan kegagalan oxygen bergerak dengan baik. Aku pun kurang tahu kaitannya, mungkin juga salah faham. Apa pun, aku menjadi saksi semuanya. Subuh dia keluar ke dunia, dan kembalinya juga kepada pencipta pada waktu subuh ditemani hujan rintik-rintik hujan mengiringi pemergian puteri pertama kesayangan kami. Alhamdulillah, aku tenang. Hanya memikirkan suamiku, babanya yang masih belum sempat melihat dan memegang anaknya di depan mata, namun sudah pergi untuk selama-lamanya.. Perginya ke Syurga. Bahagia di sana, sedang bergembira di Syurga.


Maryam Farihah puteriku, begitu mudahnya Allah mengeluarkanmu dari rahimku, dan menjadi mudah juga bagi Allah untuk menarikmu kembali. Kami sedar yang anak itu hanyalah pinjaman buat kami. Engkau ya Allah yang berhak untuk mengambilnya kembali. Sesuai dengan namanya Maryam, sebagaimana kisah di dalam Al-Quran bersalin bersendirian. Begitu juga denganku yang bersalin bersendirian. Engkau setabah ‘Maryam’. Farihah, yang bermaksud kegembiraan, gembiranya engkau di Syurga menemui Allah azza wa jalla.

Kehadiran kedua puteriku membuatkan kami berdua kembali berfikir dan terus berfikir akan hikmah yang Allah berikan semua ini. Episod demi episod datang dan terus datang ke dalam hidup kami. Tidak sempat suamiku melihat perutku yang memboyot-boyot, menemaniku ketika bersalin, melihat dan memegang anaknya, dan kini Engkau memanggil Maryam untuk pulang. Suamiku sangat redha, dan dia sangat tenang dan bersangka baik dengan Allah.

Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan seminggu aku mengandungnya, melihatnya keluar dari perutku, melihat badannya penuh dengan wire di sana sini, memegang jemarinya di nicu, bersembang-sembang, bercerita dengannya, memberi semangat, bernyanyi dan berdoa di depannya, dan membawa jenazah pulang ke rumah. Pertama kali dapat memegangnya, mengucup, meribanya, dan memeluknya di saat jasadnya sudah tidak bernyawa. Namun aku bahagia masih sempat berpeluang menikmati semua itu. Dan Alhamdulillah juga berpeluang untuk memandikan sendiri jenazah anakku itu.

Maryam sangat cantik, sangat bersih, sangat tenang wajahmu sayang. Pasti sudah terbayangkan Syurga yang bakal kau jejaki.

Kehadiranmu membuatkan kami semakin mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah. Terima kasih sayang. Aku tahu, ujian itu akan terus datang. Yakin dan percaya pada Allah, nescaya kita akan tenang.

Ayat 11, dari Surah At-Taghabun ( Sila bangun dan cari Quran terjemahan! Atau google!) sangat menjadi motivasi buatku. Semalam terfikir-fikir. Ya Allah, teringinnya untuk aku mati syahid. Aku takut, kematianku bila-bila masa sahaja. Tapi amalku masih belum cukup.

Terima kasih Maryam Farihah, engkau menganugerahkan pengalaman yang berharga buat mama. Terlalu manis. Dan pastinya suamiku yang banyak mendidik dan memberi semangat untuk aku menghadapi semua ini.

Sekarang bila rindu Maryam, cepat-cepat bayangkan dia yang sedang bermain dan berseronok di Syurga. Main lari-lari ke hehe, macam-macam nikmat ada. Sungguh, tak tergambar ketenangan dan kebahagiaan ini setelah apa yang berlaku.

“Kita tak ada apa nak serah pada Allah. Apatah lagi nak berjanji beri ketaatan kalau anak sembuh. Allah tak perlu apa-apa dari kita. Kita yang perlu taat pada Allah. Ketaatan bukan kalau Maryam sembuh je. Apa pun jadi pada Maryam, ketaatan pada Allah tetap kena beri. Kalau lah doa penuh perasaan dan tangisan tu dah cukup untuk Allah makbulkan doa, maka sepatutnya semua rakyat Palestin, Rohingya, mangsa banjir dan lain-lain dah terkabul hajatnya. Tangisan kebergantungan mereka pada Allah jauh lebih kuat berbanding kita. Ada benda lain yang Allah nak dari kita. Percaya dan cinta sepenuh perasaan. Allah nak bagi syurga.

“Kita serahkan Maryam pada Allah” – Nasihat dari encik suami yang cukup menenangkan. Ahhh~.

Kembarnya, Marsya Farihah masih sedang berjuang lagi di nicu. Hari ini cukup 16 hari. Doakan.

P/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan, mendapat puluhan ribu doa dan ucapan. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik

Mama baba sayang Maryam. Tapi sayang Allah pada Maryam melebihi sayang mama baba pada Maryam :’)

sumber : thevocket.com

Pengupload Video Bayi Terperangkap Dalam Kereta Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Posted By: readnext - 21:27



Shah Alam: Satu video yang merakamkan aksi orang ramai cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Seksyen 9 Shah Alam petang tadi menjadi viral di media sosial.
Video kejadian telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Tuan Nor Azlim.

Marah dengan kejadian, pengguna di media sosial melontarkan komen yang mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit meninggalkan anak mereka di dalam kereta tersebut.

Namun, Tuan Nor Azlim tampil memberikan penjelasan perkara sebenar beberapa jam selepas video tersebut viral. Kanak-kanak itu bukannya ditinggalkan oleh ibu bapanya, tetapi turut bersama ketika orang ramai cuba memecahkan tingkap kereta berkenaan.



Setelah itu, Tuan Nor Azlin sekali lagi memuat naik penjelasan di Facebook miliknya yang menyatakan punca kanak-kanak tersebut terperangkap bukan kerana ditinggalkan oleh ibu bapanya, tapi kerana masalah auto lock kereta.


Diharap agar dengan penjelasan ini, orang ramai jelas dengan keadaan sebenar kejadian 
sumber : siakapkeli

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.