Pandangan Dr MAZA Berkenaan Nilai Pemberian Luar Biasa Kepada Penguasa

Posted By: readnext - 21:30

Share

& Comment






Jumlah wang yang besar atau pemberian dengan nilai luar biasa kepada penguasa atau pegawai boleh dianggap sebagai rasuah jika tujuaannya adalah kerana kedudukan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, seorang penguasa, pegawai dan petugas hendaklah merenung dirinya samaada pemberian yang diberikan kepadanya mempunyai kaitan dengan jawatan dipegang atau tidak.
Beliau berkata demikian dengan menyertakan sebuah hadis berbunyi,

Sabda Nabi s.a.w:

فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

Selain itu Asri berkata, jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung.

"Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah."

 "Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah."

"Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah," tegasnya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan semalam wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan semalam mengesahkan hasil siasatan yang dibuat dan sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara. - Siakapkeli.my
sumber : siakapkeli

About readnext

PedasPahit is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

Copyright © 2013 Infotainment™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Hosted on Blogger Platform.