KUALA LUMPUR: Pada ketika ini tentunya rakyat sedang 'bengang' apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatannya mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah sumbangan daripada penderma, dan bukannya disalurkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ramai yang mempertikaikan perkara tersebut dan mendesak Najib tampil ke hadapan menjelaskan kesahihan kenyataan berkenaan.
Ini termasuklah anak kepada Menteri Besar Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled yang turut menggesa Najib menjawab persoalan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?
Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia itu turut mengemukakan 15 soalan di Facebooknya untuk dijawab oleh Najib iaitu:
1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?
2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?
3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?
5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?
11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?
12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Posting berkenaan mendapat perkongsian yang banyak malah pelayar juga turut bersetuju dengan soalan yang dikemukakan Akmal. -Siakapkeli.my
sumber : siakapkeli
Share
& Comment
Tweet